Followers

nuffnang

Tuesday, January 15, 2013

Rahim terbalik

Rahim terbalik? Pernah tak anda dengar mengenainya? Tahukah anda kedudukkan rahim mempengaruhi kesuburan anda? Rahim yang condong, atau tidak normal di kenali sebagai rahim terbalik, dalam nama sains dia dikenali sebagai tlipped uterus, retroverted uterus atau tilted uterus.

Gegala rahim terbalik..anda boleh kesan jika:

1. sakit sewaktu bersama suami. Bila bersama terkena pintu rahim wanit akan berasa sakit tau di kemali sabagai 'collision dyspareunia'
2. sakit masa datang bulan. sakit pd rahim dan sekitar pinggang. doktor kata 'dysmenorrhea'
3. sakit pinggang yang kronik.

Ada wanita yang dilahirkan memang punyai masalah rahim terbalik tetapi ada juga yg di sebabkan olehtruama dan pertumbuan luar biasa organ peranakan. Selalunya sukar di kesan kerana gejalanya nampak biasa. Tetapi jika anda mahu kepastian boleh lakukan ujian 'pelvic examination' ataupun ujian imbasan melalui faraj yg mampu melihat hingga ke uterus, kedudukan rahim akan diketahui lebih jelas.

Kedudukan rahim terbalik boleh menyebabkan risiko perdarahan diawal kehamilan dan berisiko tinggi untuk melahirkan anak secara pembedahan. Oleh itu rawatan perlu untuk rahim terbalik. Antara rawatan yang di cadangkan doktor ialah pembedahan up-lift atau ventro-suspension. keadah ini adalah satu pembedahan yang melibatkan pemendekan atau pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya kembali kedudukan yang betul. cuna hirisan kecil dilakukan dan pembedahan dilakukan dengan memasukkan teropong laparoskopi. Ia merupakan surgery ringkas sehari saja tanpa perlu bermalam di hospital. Ada juga keadah lain seperti berikut:

1. ubat tahan sakit- memberi kelegaan sementara dan dapatkan nasihat doktor jika ingin menggunakannya
2. menukar posisi hubungan kelamin. lakukan bersama suami jija ingin bersama.
3. Pessary - alat seperti cincin di letakan dlm faraj bertujuan menyokong kedudukan rahim yang betul. Penggunaannya perlu doktor bertauliah kerana ia perlu kerap di bersihkan dan dipasang jika tidak dilakukan oleh doktor bertauliah boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga dikatakan akan menggangu nikmat seks.
4. Hysterectomy - jika sakit amat teruk, baru doktor akan cadangkan ini. iaitu satu jenis pembedahan membuang rahim, ialah jalan menyelesaian terakhir. Tetapi anda masih boleh mengandung jika doktor tidak membuang organ peranakan.

Jika anda memilih teknik Up-lift, merupakan yang terbaik. anda perlu tahu kesannya. Selalunya kesakitan akan hilang dan tidak berulang lagi. pembedahan juga tidak rumit, tempoh sembuh yang pendek. walau bagaimanapun setiap pembedahan tetap ada risikonya antaranya kesan tindakbalas bius, pendarahan dan kerosakan organ lain. Bagaimanapun komplikasi tersebut jarang berlaku dan kebanyakannya boleh di selesaikan.

Seperti yang saya katakan tadi, saya hanya menulis berdasarkan apa yg saya baca untuk berkongsi dengan anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk kepastian. Ini cuma ilmu asa yang kita perlu tahu dan yang boleh di kongsi bersama wanita- wanita lain di luar sana.

Dan ada juga keadah tradisi yang menggunakan teknik urut. Bercerita pasal ni.. informally saya ada berbual dengan orang tradisi .. mereka ada menyatakan sekiranya seorang wanita yag tidak mahu mengandung selepas melahirkan ada bidan kampung yang boleh menguruit untuk terbalikkan rahim.. dan bila tiba masa wanita itu teringin nak hamil lagi.. bidan kampung akan terbalikkan rahim tu semula ke adaan normal. tapi proses nak terbalikkan pada kedudukkan asal sangat sakit... begitulah cara orang dulu nak elak anak yg terlalu ramai. tak pakai ubat macma sekarang...

Selalunya ia agak menyakitkan dan keberkesanannya hanya menurut cerita orang lain yang menggunakan khidmat ini. Jika anda ingin berurut berfikirlah sewajarnya dan ketahuilah pada siapa anda berurut dan kebenarannya ilmu urut yang dilakukan.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai semua perubatan moden yang saya ceritakan diatas, orang terbaik untuk anda temui ialah doktor anda.. kerana saya cuma menulis berdasarkan apa yang saya baca. dan mengenai urut tradisi melalui tok bidan kampung, dia sudah dah bersara pun sbb terlalu tua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat