Salam... saya menulis ni berdasarkan kepada pengalaman.
Saya juga ingin berkongsi dengan ibu ibu yang mungkin menghadapi situasi yang sama.
Ceritanya begini.. saya memang sah mengandung pada usia ini. Seperti entry saya yang lepas, saya mengandung dengan risiko yang tinggi.
sekarang saya telah keguguran dan tengah berpantang. Jadi saya nak cerita tentang pengalaman saya menemui jawapan saya keguguran dan tanda-tandanya.
1. Saya mengalami pendarahan seperti hari hari period tetapi darahnya skit. So saya pun pergi semula ke doktor tempat saya disahkan hamil. Doktor pun buat scan.. dan nampak kantung bayi masih kat sana. Katanya dia tak dpt mengesan jantung bayi, so dia minta saya rujuk pakar supaya scan dengan lebih terperinci iaitu scan melalui bawah. Tetapi pada hari tersebut saya rasa tak perlu.. so doktor hanya bagi ubat utk kuatkan kandungan. Saya diberi mc dua hari.
2. Cara kedua saya pi farmasi dan beli pregnancy test. Dan saya test sendiri.. keputusannya.. keputusan test upt iailah test tu sebelum ini sangat jelas dua line.. sekarang berubah, line kedua nampak sangat pudar dan hampir tiada. Nampak berbeza ysng ketara dari hamil kepada tak hamil.
3. Saya rasa keadaan yang sedikit loya kalau makan atau bau benda tertentu semakin takde.. so alahan macam orang hamil tu makin hilang atau takde langsung.
4. Rasa sakit dan buah dada membeesar keras tu makin hilang. So tersentuh buah dada yang dulu sensetif dah takde..
5. Disebab kan rasa rasa diatas.. saya ambil keputusan untuk pergi jumpa.pakar dan sahkan. Ya.. memang benar.. fetus memang telah tiada.
Jangan lupa minta mc. Dalam kes saya, saya tak minta mc.. bila doktor sahkan keguguran, saya rasa tergamam dan lupa semuanya. Bukan mudah seorang wanita menerima khabar sedangkan dia mengharapkan kehadiran si kecil lagi dalam hidupnya. Mungkin doktor ingat saya suri rumah jadi dia pun tak beri cuti sakit.
Saya pulak lupa pasal cuti sakit.. saya ingat keguguran itu akan terjadi seperti period yang biasa.
Ternyata tanggangapan saya salah, rupanya memang sakit. Hari berikutnya janin keluar dan darah keluar membuak buak. Rasa sakit macam masa nak bersalin... masa sakit tu saya sendirian...Tak tahu nak buat apa. Semua darah dan ketulan ketulan darah dalam saiz.yang besar keluar dari rahim. Lubang tandas penuh dengan ketulan tersebut. Warna merah satu bilik air. Kesimpulannya ... Its not easy.
Saya menelefon hospital dan memaklumkan kejadian dan doktor menyediakan cuti sakit seminggu. Saya diminta merujuk ke hospital semula sekiranya darah keluar tak henti dan sakit yang berpanjangan.
Melalui cerita kengkawan keguguran yang dipaksa adalah lebih sakit. Keguguran saya lalui adalah keguguran secara natural.
Saya bertanya doktor adakan akan buat dnc. Cuci rahim. Doktor kata tak perlu sebab dia akan keluar cara natural.