Followers

nuffnang

Tuesday, March 9, 2010

Perdarahan semasa hamil

Pendarahan sememangnya adalah salah satu kejadian yang agak menakutkan sewaktu kehamilan. Pendarahan ini boleh datang dengan berbagai-bagai bentuk, dari jumlah yang sangat kecil (bintik-bintik) hinggalah kepada pendarahan yang agak banyak, berbentuk gumpalan beserta dengan rasa senak di perut.

Perdarahan semasa hamil bukan satu kebiasaan...

Pendarahan pada awal kehamilan sebenarnya jarang berlaku, tetapi ia sering terjadi hampir pada 28% kehamilan. Dan separuh dari wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, biasanya dapat meneruskan kehamilannya dan melahirkan bayi mereka dengan sihat.

Pendarahan dalam jumlah yang sangat sedikit / bintik-bintik pada awal kehamilan boleh jadi sesuatu yang normal, ia berlaku kerana proses implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan dinding rahim melepaskan sejumlah kecil darah, biasanya ia terjadi pada minggu ke 7-9 usia kehamilan dan hanya berlaku selama satu atau dua hari saja.

Kebanyakan wanita mengalami pendarahan berbintik kecil ini setelah melakukan hubungan seksual, atau mengangkat barang yang berat, ataupun kerana aktiviti yang berlebihan. Perkara ini berlaku kerana bahagian servik mengandungi lebih banyak pembuluh darah dan pembuluh darah melebar sewaktu kehamilan ini. Jika pendarahanini berlaku, berhenti seketika daripada melakukan aktiviti-aktiviti anda sehingga pendarahan kecil tersebut hilang.

Namun begitu, kadangkala, pendarahan kecil sewaktu trimester pertama kehamilan ini juga adalah merupakan tanda-tanda ancaman keguguran. Ada dua kemungkinan yang boleh dipertimbangkan apabila terjadi perdarahan pada trimester pertama kehamilan ini, iaitu Keguguran atau Kehamilan Ektopik.

Anda kemungkinan akan mengalami keguguran jika perdarahan menjadi semakain banyak (lebih dari 1 gelas), biasanya ia akan disertai dengan rasa sakit perut. Kadang-kadang juga, darah yang keluar disertai darah beku atau jaringan fetus. Manakala tanda-tanda untuk kehamilan ektopik adalah pendarahan vagina disertai rasa sakit perut dibahagian bawah pada satu sisi.

Walaupun, pendarahan kecil(spotting) pada trimester pertama kehamilan adalah perkara biasa (sering terjadi pada 30% kehamilan) tapi adalah lebih baik anda memaklumkan perkara tersebut kepada doktor anda.

Jika pendarahan semakin banyak banyak, senak perut yang kuat, sakit perut bagian bawah secara berterusan atau rasa seperti ingin demam atau badan rasa panas. Hubungi doktor anda dengan segera. Semua ini boleh menjadi tanda terjadinya ancaman keguguran atau komplikasi lain seperti kehamilan ektopik.

Apa doktor akan buat?

Biasanya doktar akan melakukan pemeriksaan Doppler untuk mendengarkan denyutan jantung janin dan USG. Untuk memastikan diagnosa. Jika anda masih risau dan bingung dengan pendarahan yang anda alami ini, ceritakan apa perasaan dan fikiran anda kepada doktor anda.

19 comments:

Ida said...

Hai Kak Ima, salam prkenalan, tq dgn info kak ima pasal pendarahan waktu hamil ni. Sya pun mengalami pendarahan sedikit & now tgh cr bahan bacaan pasal ni. Nak tambah pengetahuan dsmping berjaga-jaga.

serihati said...

terima kasih...
pendarahan kalu skit tak pe.. kalau banayak kena hati -hati. kurangkan aktiviti yg berat... semoga cepat sembuh dan baby sentiasa baik baik...

Chendana Doll said...

terima kasih atas info yang diberikan....setelah lewat seminggu dr tarikh period sy buat UPT tp keputusan negatif. pernah baca ader kemungkinan tahap hcG kurang. Semalam sy ambil vitamin untuk tambah folic asid kerana ada terbaca ia boleh tambahkn kiraan hcG. Hari nie di ofis ada sekit pendarahan tp tidak terasa sakit. Harap-harap pendarahan ini tidak lama.

Unknown said...

Hai Kak,tq ya dgn info ni.Sya hamil 7 minggu.Tiba2 dtngla pula c Darah.Tapi harap2 la dua hari saja.Sebab,hari kedua hanya sedikit kuar spt terpalit kicap .Balik2 jugalah g tandas cek.Yg hari pertama tu,keluar darah merah terang.Pas tu,petang2,n malam2,darah bercampur lendir,n bintik2.Klu berterusan sehingga 3,hari Sya gi jumpa Doc.

serihati said...

sama sama... semua tulisan atas pengalaman tapi kalau darahnya banyak baik pergi jumpa doktor.. saya bukan doktor sekadar berkongsi pengalaman

F'zura said...

salam .. kt sni sy nk kongsi crite ..skrg sy hamil almost 8w tp sy mengalami pendarahan skit spt yg korg sdg bincangkn 2 .. lps 3 ari sy pergi jmpe doc n doc kte xd ape2 juz ad jgkitan n kncing kotor .. 5 6 ari jgk la sy mengalaminya tp hny kluar sdikit lps 2 hilang pas2 esok ad lg n hilang n ad lg .. sy trllum panik skrg smpai nk tdor pown xlene .. bsok klau husband xbz nk ajak p hosptal blik .. u'll doakn xd ape2 k ..

serihati said...

yup btter fzura cek doktor. but i think not seruis. Appaun doktor akan sahkan. kalau yg teruktu selalu darah banyak..
taksilap mak ada ckp bunting rimau? entah la.. tu pregnant still period tau..
tanya doktor la.. jgn risau.. doakan semuanya selamat. Amin

Puan Nazrul said...

salam...bunting rimau tu cm ne?sebab saya pon mengalami situasi yang same dengan F'zura....just tompok2...n dah 4 hari ade tompok 2....takot...now dah 6w....first dlu gugur mase 10w...hopefully ade rezeki kali ni...

ILANI said...

assalamualaikum.

salam perkenalan. menarik info ni.
saya juga nak share sedikit tips jika berlaku pendarahan semasa hamil.
Saya pernah jadi masa shopping barang2 adik nak masuk university. Memang panic.
Tapi saya cepat2 masuk dalam kereta dan berbaring sahaja. Alhamdulillah kandungan selamat.
Masa tu awal lagi.. trimester pertama. Memang potensi keguguran tu ada.

salam perkenalan.
ilani
Blog : www.cancanmali.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/norilani
FB Page : https://www.facebook.com/weallsihat


jemput la jalan2 ke blog saya

keon_minx said...

Salam..sy pon nk kongsi pngalaman..
Mse 5weeks sy ade spotting,doc ng injection utk stop bleeding,then ok dah
Pstu ade mse 6weeks ade intercourse,bleeding lg..tp stop ps mndi..
Now 9weeks heavy bleeding..takot sgt..hopefully xde pape sbb xsakit..tbe2 je kua..mebbe bz sgt n sedikit stress kot..
Tp tulah heavy..pad overflow pon penuh
Doa2kn lah sy n baby ok yer..tgh tggu doc nk scan..tq soo much!!
Salam

Anonymous said...

Salam, sy pun mempunyai mslh yg sama...sblm bleeding tu sy kemas umah, mlm bersama ngan suami pastu esok pg tu drive ke sekolah...tgk2 ada bleedingtp kat pad tk lekat pun..kalo buang air kecil mesti ada..ari isnin lepas g check kat pakar, pakar scan dibhgn bwh n dia kata nmpk kantung tp isi tk nmpk maybe kecik lg..so 1/4 ni kena g scan lg...tp lps blk umah tu byk plak bleeding campur ngan lendir mcm kita dtg first period tu tp tk besar...sy pun tkde plak rs sakit perut...skrg ni jap ada jao takde..first time jd mcm ni...apepun doakan sy yer...6 tahun tgg yg kedua nih...huhu

Anonymous said...

Salam, sy pun mempunyai mslh yg sama...sblm bleeding tu sy kemas umah, mlm bersama ngan suami pastu esok pg tu drive ke sekolah...tgk2 ada bleedingtp kat pad tk lekat pun..kalo buang air kecil mesti ada..ari isnin lepas g check kat pakar, pakar scan dibhgn bwh n dia kata nmpk kantung tp isi tk nmpk maybe kecik lg..so 1/4 ni kena g scan lg...tp lps blk umah tu byk plak bleeding campur ngan lendir mcm kita dtg first period tu tp tk besar...sy pun tkde plak rs sakit perut...skrg ni jap ada jao takde..first time jd mcm ni...apepun doakan sy yer...6 tahun tgg yg kedua nih...huhu

Anonymous said...

Sy pn mengalami msalah yg sama. Kwin 4/06/2013.... Lps tu 11/05/2014 Upt positif. 5weeks of pregnancy sy bleeding sampai 6 hari...at last gugur. Pd 17/09/2014 upt positif lagi. 6weeks of pregnancy bleeding + severe lower abdominal pain. Doc ckp ectopic pregnancy.... Pendek kata kandungan tu tak jadi. Skrg ni, 26/11/2015 mengandung 5 weeks, tp msalah yg sama...bleeding juga. Cuma tak bnyak... Hrp2 kandungan kali ini selamat....amin....

Anonymous said...

Sy pn mengalami msalah yg sama. Kwin 4/06/2013.... Lps tu 11/05/2014 Upt positif. 5weeks of pregnancy sy bleeding sampai 6 hari...at last gugur. Pd 17/09/2014 upt positif lagi. 6weeks of pregnancy bleeding + severe lower abdominal pain. Doc ckp ectopic pregnancy.... Pendek kata kandungan tu tak jadi. Skrg ni, 26/11/2015 mengandung 5 weeks, tp msalah yg sama...bleeding juga. Cuma tak bnyak... Hrp2 kandungan kali ini selamat....amin....

Unknown said...

Saya dah kahwin nak masuk 14 tahun. Still berharap nak dpt 1st bby. Sepanjang 14 tahun kahwin dah beberapa kali keguguran. Kemarin buat UPT dapat 2 garisan tp samar. Gembira + takut. Semalam start sakit perut dah krem abdomen. Sekejap2 hilang. Tak bleeding lg. Cuma kuar lendir. Pagi ni dah start ada sedikit bleeding disertai dengan sakit dan krem abdomen. Dah ada rasa nak menangis dah ni. Doakan semuanya selamat.

Unknown said...

Saya dah kahwin nak masuk 14 tahun. Still berharap nak dpt 1st bby. Sepanjang 14 tahun kahwin dah beberapa kali keguguran. Kemarin buat UPT dapat 2 garisan tp samar. Gembira + takut. Semalam start sakit perut dah krem abdomen. Sekejap2 hilang. Tak bleeding lg. Cuma kuar lendir. Pagi ni dah start ada sedikit bleeding disertai dengan sakit dan krem abdomen. Dah ada rasa nak menangis dah ni. Doakan semuanya selamat.

Nana said...

Saya dah 3 bulan tak 'period' lepas tu keluar bercak macam tu, bila check UPT still negatif, saya merasa tidak selesa pada bahagian perut terutamanya apabila mencangkung terasa macam sesuatu yang menahan.

Unknown said...

Assalamualaikum..saya ingin bertanye..saya sudah 6 bulan berkahwin..dalam tempoh 6 bulan ni..saya takde masalh period..kitaran haid saya sangt teratur..saya dan suami TTC dah masuk 2 bulan..bulan ni..last day period saya 8 feb 2018 dan saya bersama pada 14 - 16 feb 2018..period saya bulan 3 dijangka pada 2 mac...memandngkan tande2 awal hamil seperti kram perut..cept mengah saya da alami.. 3 hari sebelm period buln mac..saya ade buat 4 upt yg berbeza. Ujian dari upt saya menunjukkan negetive..

2 hari sebelm period akan dtg..saya ada pndarahan selame 3 hari..hari ke 2 pndarahn..darah yg keluar berketul..


Saya nk tanye..itu darah norml period atau darah dalamn yg lain ye?

Unknown said...

Hai..sya pun mengalami msalah yg sama.. Usia kandungan 4bln ada pedarahan sikit hari ini.. Tetapi tidak sakit, harap2 esok lusa tiada pedarahan lagi.. Harap baby pun ok..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat