Followers

nuffnang

Wednesday, January 28, 2009

awas!!! tanda bahaya ketika hamil

PALING penting pastikan anada tidak makan sebarang ubat tanpa nasihat doktor dan jika alahan berterusan dan terlalu teruk sila dapatkan rawatan doktor secepat mungkin. setiapkali jumpa doktor jangan lupa nyatakan kepada mereka bahawa anda hamil. Ini kerana ada ubat yg akan menyebabkan bahaya pada anda dan kandungan!!!
Ada juga masalah yang dialami ketika hamil itu memerlukan rawatan segera. Masalah ini bukan sahaja melibatkan ibu, tetapi janin yang dikandung juga boleh terjejas sekiranya ada tanda-tanda seperti berikut:
1. Pendarahan Pendarahan daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil adalah satu keadaan yang berbahaya, ia boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang dikandungnya. Jika ia berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan keguguran akan atau sedang berlaku. Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan, iaitu selepas tujuh bulan, mungkin ia menandakan kedudukan uri di hadapa bayi. Pendarahan di peringkat awal kehamilan juga mungkin menandakan kehamilan luar biasa seperti kehamilan di luar rahim atau kehamilan anggur. Oleh itu setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil walaupun sedikit, perlulah bertemu doktor untuk diperiksa. Jika perlu wanita itu mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.
2. Masalah Air Kencing Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan ini disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.
Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.
3. Keputihan Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau. Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi.
rujukan:
Hamid Arshat Pakar Sakit Puan http://www.hamidarshat.com Generated: 19 January, 2009, 10:24

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat