Followers

nuffnang

Thursday, April 28, 2011

Perubahan diri masa hamil

  • Masa kita mengandung , hamil atau bunting (jarang kita  guna kan perkatan bunting sekarang kan?). Ada banyak perubahan akan berlaku pada diri kita dari hari ke sehari tetapi kadangkala kita rasa segan untuk menceritakannya kepada orang lain.. terlalu peribadi. Namun ada cara mengurangkan ketidak selesaan tetapi kita jarang nak bertanya sebab segan. Dan kadang kala juag kita bertanya diri.. ini perubahan biasa atau tidak?  Sebab malu bertanya, tiada siapa menjawabnya untuk kita.

Oleh kerana itu saya cuba cuba mengupasnya... Jom kita tengok apa perubahannya. Harus di ingat.. semua perubahan ini kadang kala juga sesetangah ibu mengalaminya sesetengah tidak.. dan kadang kala juga anak pertama tidak ..mungkin anak ke dua atau seterusnya ada.. begitulah misteri kehamilan yang sungguh istimewa.. di kongsi oleh insan bernama ibu sahaja..

antara perubahannya.. ada yang biasa..dan ada yang jarang jarang berlaku:

 
1. kerap ketandas.. buang air kecil.nampak normal bagi wanita mengandung ke tandas sbb pundi kencing di tolak oleh saiz kandungan yang makin membesar. Biarkan klinik kehamilan memeriksa air kencing anda kerana ada kalanya kerap kencing disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing. kalau ada ia akan merebak ke buah pinggang dan merbahaya. namun rawatannya sekadar pemberian antibiotik mungkin memadai.

2. Gusi berdarah , bengkak dan karang gigi. gigi berlubang. ni risiko pergilah ke doktor gigi .. ia akan banyak membantu. Sebenarnya anda di galakkan berjumpa doktor gigi sekurang kurangnya sekali ketika hamil. Jangan lupa beritahu doktor gigi anda hamil.

3. Sakit tulang sendi. terutama pada pinggul. ni memang biasa. sebab terpaksa mengendung berat bayi

4. ketidak selesaan. oh ya.. anda akan rasa badan panas dan tidak selesa. Mungkin terdapat pigmentasi atau bintik bintik pada kulit. Lebam dan nampak hitam sedikit dari biasa terutama bahagaian wajah dan leher serta perut.

5. ohh tidak... kulit perut merkah. tegang dan pecah pecah. Sapulah krim pelembaba yang selamat. ia mampu mencegah dan menghilangkannya hingga anda selamat melahirkan. gunalah krim cocobutter yg senang terdapat di farmasi.

6. rambut dan kuku.. tumbuh cepat dan jangan terkejut rambut akan mudah gugur selepas melahirkan.

7. pedih ulu hati.. ni perkara biasa bila bayi makin besar dan menolak perut anda.. makanlah ubat yang disaran doktor dan ianya selamat untuk ibu hamil

8. Urat kaki timbul.. berat badan anda lebih ketika mengandung. pasti ada yang bermasalah urat kali timbul. Tapi bukan semua.. apapapun puncanya dikatakan disebabkan oleh hormon kehamilan, yang menyebabkan saluran darah membesar sedikit dan perjalanan darah kurang aktif.

Kedua kerana rahim membesar dan menekan pada saluran darah terutama aliran darah dari kaki ke jantung yang menjadikannya lambat. Ada yang mencadangkan anda memakai elacstic stokin atau crepe bandage untuk mengurangkan bengkak. Ini kerana jika teruk pembekuan darah boleh berlaku.
A
papun lebih baik anda kurangkan berjalan atau berdiri. Cuba banyakkan berbaring bagi melancarkan perjalanan darah.

9. bengkak kaki..  beza dengan urat timbul tau!! Jangan bimbang ia tidak merbahaya. Malah biasa, tapi ada orang menyatakan itu tandanya bayi lebih besar dari biasa. Tetapi anda perlu risau kalau anda ada tekanan darah tinggi dan kencing kotor yang disertai dengan bengkak kaki. Mungkin anda kena sakit yg dinamakan toxemia. Sila rujuk doktor anda...

10. tangan kebas.. selalu nya terjadi di akhir kehamilan. Disebabkan oleh hormon dan sendi menjadi bengkak sedikit dan mungkin disebabkan kurang vitamin b. minta rawatan sesuai dr doktor anda

11. tegang atau cramp. huhh sungguh menyakitkan!!! Terutama bahagian kaki. Ada menyatakan disebabkan oleh kandungan estrigen meningkat ketika hamil dan kurang logam kalsium dalam darah. Pastikan anda makan obimum dan segalanya yang di bekal doktor. Kalsium tinggi seperti susu dan lainnya amat bermanfaat bagi anda dan bayi.

kita dah sampai ke Part yang sensetif ni..

12. sembelit.. ini di sebabkan kelembapan perjalanan usus akibat peningkatan hormon progestron. Banyakkan makan buah dan sayur berserat.. baik untuk membantu anda mengurang dan menghilangkan sembelit. Kalau dibiarkan mungkin akan menyebabkan urat urat dubur timbul buasir akan berlaku. Dan kadangkala menyebabkan pendarahan. selalunya selepas melahirkan masalah ini akan sembuh.

13. Retak kulit dubur.. retak retak di kawasan dubur menimbulkan rasa tidak selesa dan ada kalanya perdarahan berlaku sedikit. Dan kadangkala selepas kelahiran juga boleh berlaku masalah ini.

14. Urat timbul pada bibir kemaluan.. oop tak semua orang mengalaminya dan jarang dikesan. Ini kerana sukar untuk melihatnya. Selalunya berlaku di akhir kehamilan kerana kepala bayi mula menolak dan menekan. Ia menganggu pengaliran darah dikawasan tersebut. Cuba elak berdiri lama selalu berbaring. boleh juga pakai tuala wanita jika anda selesa dengannya. Tetapi semuanya akan berakhir selepas melahirkan. Anda perlu bersabar.

15. lelehan dari kemaluan.. bagi yang ada keputihan mungkin lelehan lebih banyak dari biasa dan menyebabkan pakaian dalam anda berasa lembab di bahagaian tersebut. sila beri perhatian kerana ketika hamil kulat candida alibicans dan parasit trichomonas vaginalis mudah mengjangkiti. Selalu bibir kemaluan jadi gatal dan bila di garu ianya menjadi pedih. Selalunya boleh dapat rawatan dari doktor dan harus di ingat selepas sembuh boleh dapat balik sakit ini, sebab ia boleh berulang dijangkiti lagi terutama bila mengadakan hubungan dengan suami. Sebaiknya suami pun diubati.


Untuk kulat hanya ubat kulat boleh membantu disapu pada bibir kemaluan setiap hari. dan untuk parasit boleh menyebabkan lelehan hijau kuning dan gatal serta pedih. Dapatkan bantuan rawatan dari doktor anda.



16. buah dada - buah dada anda makin mekar.. ini disebabkan kelenjar susu bertambah. Masa inilah kena jaga baik baik. Pakai coli yang sesuai untuk menampung buah dada anda. Buah dada akan mudah menggelebeh nanti jika anda tidak jaga diwaktu ini.

17. gatal gatal dan berpeluh.. ini biasa kerana suhu badan yang agak tinggi. Banyakkan minum air dan selesakan diri. Jika anda susah tidur cuba tenangkan fikiran. Jangan ambil ubat tidur kerana ia tidak baik untuk anda dan bayi. Bersabarlah kerana semuanya akan berakhir selepas 9 bulan.

18. emosi... elak rasa takut marah dan beremosi positif digalakan. Benci suami pun ada.. Cuba control sebanyak yang boleh. Banyakkan membaca alquran dan surah surah pilihan. Moga anda beroleh anak yang soleh.

19. loya dan muntah. ini perkara biasa tapi tak semua mengalaminya. Untuk awal kehamilan saja dan akan berkurang selepas usia kandungan semakin meningkat. Selalunya ibu ibu akan alah pada bau seperti minyak goreng, wangian dan sebagainya. Dan tiba tiba anda menyukai pada bau pelik.

Percayalah apa yang amazing ialah penyelesaian pada alahan bau dan loya ini adalah berbeza pada setiap ibu. Ada yang makan asam akan pulih ada yang menghidu nefcafe akan ok, dan bermacam lagi... tetapi jika anda teruk muntah muntah, kekurangan air dalam badan, anda mungkin dimasukan ke wad.. rujuk doktor anda yeee

20 .pendarahan ketika hamil. rasanya saya dah ceritakan tentang ini pada posting yang lepas. tapi takpe. pendarahan ini baik pi jumpa doktor. Kerana ada yang ok, dan ada yg boleh menyebakan keguguran. jadi berhati hatila..

dan sekian tulisan untuk ari ni.. semoga kita dapat kongsi info ini

3 comments:

Mimi Anasthetic said...

Salam admin. Tumpang Iklan:-

Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
Wanita cantik bermula dari diri :)

[BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

umai said...
This comment has been removed by the author.
umai said...

assalammualaikum puan. nak kongsi ilmu sikit boleh? berkenaan masalah urat timbul. masalah no 8.

Hanya yang pernah mengalami masalah urat timbul sahaja tahu bagaimana berdepan kesulitan itu, tidak selesa dan sakit. di negara barat penggunaan compression stocking ketika hamil adalah perkara biasa. di malaysia budaya pemakaian compression stocking belum meluas.

compression stockings tidak boleh menyembuhkan masalah urat kaki yang timbul. untuk menghapuskan kesakitan kaki dan melegakan kaki yang bermasalah, in sha Allah compression stockings boleh membantu. bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan compression stockings boleh layari www.medisolutionstore.com

terima kasih puan admin. :-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat