Followers

nuffnang

Wednesday, May 18, 2011

hari ni rasanya nak berceloteh pasal susu ibu. bukan senang nak nyusukan anak. sesiapa yg bakal melahirkan anak pertama patut ambil tahu.. yang telah melahirkan anak beberapa kali pasti anda rasa anda hebat jika dapat nyusukan bayi anda sendiri. Tetapi entry kali ini saya akan fokus pada masalah buah dada yang kalang kala meyoal diri kita tentang kemampuan kita untuk memberi anak susu. apapun ketahuilah bahawa semua wanita tiada masalah nyusukan bayi anda. masalah yang kalang kla muncul ialah:

1. puting sakit.


ramai yg mengalami puting sakit, ada yang merah dan merkah. berilah susu pada anak anda jgn bimbang kerana ia akan pulih sendiri. sekiranya berterusan mintalah ubat dari doktor anda.

selalunya sakit muncul pada minggu minggu awal menyusukan lepas itu akan sembuh. anda juga boleh mengamalkan petua ini.


a. jangan bersihkan puting dgn sabun cukup sekadar air bersih.

b. selalu tukar baju dalam yg terkena susu atau pastikan pad susu sentiasa ditukar.

c. usahakan supaya bayi menyusu dengan memasukan semua bahagaian hitan keliling puting ke dalam mulut bayi

d. selalu perah susu yng berlebihan sekiranya bayi telah kenyang.

e. cubamenyusukan bayi dengan selesa atau beralih alih, berbaring , duduk dan sebagainya.

f. mungkin puting dijangkiti kulat putih dalam mulut bayi. bersihkan mulut bayi anda. sekiranya terdapat warna putih di lidah bayi yg tebal dan bintik bintik sila bersihkan menggunakan lampin bersih dan dicelup dalam air suam dan jika perlu jumpa doktor anda.

sekiranya serius jumpa lah doktor utk dapatkan nasihat

2. Bengkak buah dada


bengkak buah dada di sebabkan pengeluaran susu semakin aktif. berilah susu pada anak anda lebih kerap agar bengkak dapat dikurangkan. Atau boelh cuba petua ini:

a. pakai baju dalam yg sesuai agar dapat mengampu buah dada yg membesar tuam buah dada dgn ketulan ais.

b. cuba usahakan utk memerah susu keluar supaya bengkak dapat di kurangkan.

c. petua ada menyatakan agar ambil lapisan kubis dan menyarungkan nya pada buah dada.

3. saluran susu tersumbat

ini terjadi bila buah dadaanda bengkak tetapi susu tidak keluar banyak. Anda boleh cuba langkah ini;

a. jangan pakai baju sempit yg mnekan susu

b. kerap susukan bayi dan sama bagi setiap belah buah dada

c. beri bayi susu buah dada yg sakit dulu

d. bersihkan puting susu dgn kapas

e. jika anda mandi belilah berus gigi yg lembut dan berus dipahagian puting agar saluran tidak tersumbat dengan susu beku atau lainnya.

4. jangkitan pada buah dada


jangan terkejut kalau buah dada membengkak merah dan sakit bila disentuh. ini mungkin terjadi sbb aluran tersumbat atau sebaliknya. kadangkala ibu boleh demam selsema dan bermacam lagi.

teruskan beri anak anda susu kerana tidak merbahaya. selepas rawatan selalunya infeksi akan sembuh dlm masa 24 jam. anda boleh melakukan ini:


a. segera berehat

b. jumpa doktor utk rawatan secepat mungkin

c. tuam dgn air panas pada bahagaian yg sakit. jika susu tidak keluar sebelum itu ia akan keluar memancut

d. ampu buah dada dgn baju yang sesuai.

5. buah dada bernanah


infeksi dari jangkitan boleh menyebabkan buah dada bernanah. bengkak boleh sembuh dgn antibiotik atau pembedahan kecil mengeluarkan nanah. pemyembuhan berlaku cepat. susu yg tidak bernanah boleh terus menyusui bayi anda.

jangan lupalah minum susu dan makan berzat utk menyusui bayi anda..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat