Followers

nuffnang

Friday, February 26, 2016

Marah dan pukul anak sebab apa?


hari ni rasa nak berkongsi catatan tentang memarahi anak.. yang selalu kita lakukan...
Seringkali kita tinggikan suara dan kadangkal kita mengunakan rotan dengan alas an untuk mendidik anak..
Tetapi hari ni nak sembang sejujur manakah kita menggunakan cara itu.
Bijakkah kita mendidik anak. Adakah kita marah sebab emosi kita yang bergolak marahkan tindakan anak atau kita memang bertujuan mendidiknya?
contohnya dalam keadaan kita yang penat tetiba anak kita menumpahkan air.. padahal kita baru je mop lantai.. lalu kita marah padanya. dengan melepaskan kemarahan tahap maksima. wALAUPUN KITA TAK MENGGUNKAN ROTAN..tetapi ayat dan nada suara kita cukup melukakan hatinya. Dalam keadaan ini mungkin kita marah bukan bertujuan mendidik tapi melepaskan rasa marah kita sebab kita penat dan mesti bersihkan air yang tumpah itu. Kalau atas sofa fabric lagi double kerja kena buat. Tika ini marah kita sebab kita nak marah bukan lagi tujuan mendidik..
Tanya diri kita... kita marah sebab apa yang anak buat menimbulkan kemarahan kita. Tetapi kita tidak pasti adakah kemarahan kita itu akan memdidiknya?

Tegas dengan memarahi itu berbeza. Bertegaslah dengan anak untuk mendidik. Tegas pukul berapa dia perlu solat dan belaja. Tegas tak semestinya memarahi. Mungkin merotan itu jika pertama kali kita mengajar displin. Dan pastikan bukan kerana kita berada dalam mood marah.
Mungkin kita ingat sahabat Rasulullah yang ingin membunuh musuh dalam perang .. tetiba musuh itumeludahnya dan beliau tidak jadi membunuh. Kerana beliau cukup hebat membezakan antara marah dan kerana Allah. Kerana niatnya ingin membunuh musuh Allah itu bertukar daripada sebab untuk Allah kepada kerana mengikut kemarahannya.
Saya kira begitulah juga kita yang banyak terlajak memarahi mendidik anak sebab nya telah lari. Tindakan yg di dorong oleh kemarahan itu akan menghancurkan niat kita . Daripada mendidik kepada melapaskan kemarahan yang akhirnya anak anak makin membenci kita.

Lagi satu displinkan diri sendiri...
Saya membuat jadual kerana saya merasakan anak saya perlu mengikut jadual ketika di rumah. Pukul berapa di aperlu belajar ..pukul berapa bermain dan pukul berapa tidur. Pukul berapa bangun.
Saya pastikan dia mengikut jadual. Saya pastikan dia tahu melihat jam...
Tetapi kalau ada jadual tidak di ikut maka sia sialah usaha kita.
Dalam isu ini saya mula bertanya diri.. pernah kita dengar .. seperti ketam mengajar anak berjalan betull
Maka begitu jugalah saya.. kalau anak ada jadual dan perlu di ikut..maka saya juga perlu jadual yg perlu diikut. Jangan tika anak patut belaja jangan pula kita sibuk buat benda lain.
pastikan kita berdisplin apa yang kita perlu buat untuk pastikan anak ikut jadual dan kita pantau.
Contohnya kita perlu cek beg sekolah apa kerja sekolahnya apa yg dia belaja bagaimana peperiksaan nya. Dan kalau ajar sendiri kita kena tahu dan ambil tahu sedikit tentang apa yg berlaku.
Jangan masa anak buat sekolah kita sibuk dengan gajet gajet kita.. tolong hentikan.
Sekiranya ini kita belum mampu buat jangan salahkan anak jika dia tak ikut jadualnya
Dan janagan skip.. atau beri dia alasan untuk tidak ikut jadual..
Contohnya masa untuk tido benarkan dia menonton tv atau lainnya. Jika sudah biasa tak ikut aturan..lambat laun semua tidak diikut.
 Kecuali di tukar dengan reward dengan pencapaian yg dia perolehi. maksudnya jika dia pandai mengira atau membaca kerja yg di beri dia boleh menonton tv awal atau sebaginya

Sekian catatan untuk hari ini dikongsi. Catatan ini adalah catatan peribadi... jika anda tidak suka atau tak boleh terima .. itu tidak penting. Yang penting saya berkongsi...



Sunday, February 14, 2016

Kepala bayi berkerak..?

Kepala bayi berkerak... ? Ini sekadar berkongsi info.. tak tahulah betul atau tidak.
berkongsi dengan bidan dan mak ..
Kata mak kalau zaman dulu jika ada kelahiran bidan kampung akan tahu sama ada pasangan tu ada buat hubungan intim atau tak hanya dengan meyambut kelahiran.
Jika bayi tu di lahirkan bersih ..bermakna pasangan tu tak bersama sebelum anak di lahirkan.
Manakala kerak kepala bayi sering di kaitkan dengn hubungan intim di mana sperma yang mati di ruang rahim akan menapak di kelapa bayi semasa proses kelahiran. Ini akan menyebabkan kerak dikepala bayi  terjadi.
Tak pasti betul ke tak..tapi itu;lah pesan mak masa saya hamil dan melahirkan.
Tapi bertentangan pula dengan pesanan sahabat saya ..katanya hubungan intim masa hamil penting sebab hormon semasa bersama itu memudahkan proses melahirkan. Itu pesan doktor katanya..
emm mmg bertentangan dengan saya.. tetapi saya melahirkan bayi normal dan tak lah lama sangat di bilik bersalin.. Tetapi sahabat saya tu.. terpaksa melalui pembedahan kerana komplikasi kelahiran.
Sebenarnya terpulanglah kepada individu untuk mempercayai yang mana betul dan salah..
sekadar chat chat cerita lama dan baru..

Sunday, March 15, 2015

Pesta Belon

Salam.. lama tak menulis tentang bayi..sebb anak dah besar...
Ni baru nak update gamba lama..
wakakaa..
ni terjumpa belon yang sangat menraik perhatian..
wah cantiknya.. mana tau nak buat birthday anak yang bertemakan belon..
boleh dapat idea dari gamba ni...

macam duk kat dunia fantasi lak.. memang cantik....









 
 

Sunday, August 31, 2014

Apa yang tak boleh buat masa mengandung?

Salam semua... MAcam dah lama tak menulis.. maklumlah anak dah membesar... Tunggu mengandung.. masih belum berhasil. Semalam ke rumah kak ipar yang sedang mengandung anak sulung.selepas bertahun tahun kahwin tapi masih belum punya anak.
Bila mengandung mestilah gembira.. mahu jaga kandungan sebaik mungkin.. Bila bersembang barulah topik ni datang..
Mengapalah kita sering meletakkan macam macam tak boleh buat ,asa mengandung? Kan kasihan ibu yang mengandung... ?
Macam ibu bu lain dia pucat ..muntah dan cengkung. KAwan nya kata kalau nak kurangkan mabuk ciba rendam kaki dalam air garam.. katanya limpa panas.. itu yang kita mabuk. dengan rendam air garam.. di aakakn membantu limpa menurunkan suhu dan kurang sikit mabuk tu.. So dia pun buat.. dan alhamdulillah di arasa segar dan boleh makan. Tapi selang dua tiga hari..kawan yang lain cakap dia jangan rendam kaki lagi ..kerana mabuk itu kan natural.. mana boleh kita halang proses semulajadi ..nanti baby tak sihat. So ..kak ipar saya pun stop rendam kaki dan di aterus berada dlm keadaan seperti biasa.. makan ..muntah dan rasa tak sihat..
lepas tu dia kata tak boleh makan nanas.. tak boleh itu, tak boleh ini... nanti perut pecah kulit, nanti anak susah keluar, nanti ... dan macam macam andaian..
 Aku dengar dengan khusuk.. Siannya..
Lepas tu saya senyum.. saya cakao dengan dia..  kalau kita ikut cakap orang memang kita akan pening.. tu tak boleh .. ini tak boleh.. pening nanti.
Saya senang je.. Saya tak de masa nak layan andaian yang saya dengar. Saya buat apa saja yang jadikan saya sihat dan bertenaga masa mengandung. Kalau rendam kaki dlm air garam tu buat saya rasa segar..saya akan buat. Kalau saya rasa makan nanas tu buat saya berselera makan saya makan. yang penting saya sihat tak rehidrat..dan tak perlu masuk wad. Mana yg lebih penting? sihat atau humos? yang belum tentu betul atau tidak? Buatlah apa yang kita rasa segar sihat dan tak perlu masuk wad semata mata kerana termuntah dan sampai kena tahan wad...
kalau takut sangat benda tak elok jadi pada diri tanya pd doktor bila kita pergi ke klinik. napa nak sakitkan kepala dengan humos yg pelik...?
YA saya makan nanas masa mengandung, tak gugur pun.. nenek sy pun makan nanas masa mngandungkan bapak saya.. setahu saya benda macam tu bergantung pada diri kita pada kekuatan badan kita.. kalau kita kuat kita boleh makan je. minum teh tak boleh angin? tak perlu dengar kalau memang kita sebelum ni minum teh hari hari..badan kita dah imun.. minum jee... asal kita suka..
Pasal gugur .. tuhan punya kuasa.. bukan sebab apa yg kita makan. Kalau nak gugur.. terjatuh pun gugur.. tanpa sebab pun gugur.. bukan sebab makanan kita. makanlah apa yg kita selera ..kerana kita sebagai org yg mengandung boleh tahu..sukarnya nak makan.. sbb bukan semua benda kita boleh makan. kita cuma terbuka selera pada benda tertentu saja.
Jangan terkejut kalau saya bagitau.. mak saya mengandungkan saya..cuma bergantung dengan minum soft drink je!! Sebab tu je yang dia boleh minum. Tapi saya ok..
Sekian chit chat saya pada hari ni...

Monday, September 9, 2013

Siapa patut jaga bayi anda?

Salam...
Hari ni terasa nak berbicara tentang anak.. Siapa patut jaga anak.? Mungkin ada ibu yang bakal melahirkan dan ada plan nak letak anak di bawah jagaan sesiapa. Apapun mungkin coretan ini boleh memberi anda sedikit gambaran apa kesan yang akan kita terima berpunca daripada tindakan kita hari ini.
Sebelum saya menulis lanjut suka saya ingatkan bahawa ini pendapat peribadi yang berdasarkan pengalaman orang orang sekeliling saya.
Cerita pertama seorang ibu baru melahirkan anak. Alhamdulillah..selamat melahirkan bayi yang sihat... Anak pertama..  sangat teruja dapat cucu. Abang kakak dan adik adiknya juga. begitu dapat anak sedara pertama..semua orang sayang pada baby ini, perhatian kasih sayang yang mencurah. Tamat tempoh bercuti usia si kecil baru 60 hari..ibu mesti kembali berkerja kekota. Mulalah hatinya berasa bimbang. Di akhbar dan majalah selalu memaparkan penderaan bayi, mati tersedak susu, mati di buaian, penjagaan kurang memuaskan di nursery.. dan macam macam berita menakutkan. Mulalah si ibu risau, juga begitu..daripada memberi penjagaan pada tempat yg begitu biarlah orang yang betul betul sesuai patut menjaganya.
Waktu kerja ibu tak menentu, dan balik lewat setiap hari . Begitu juga ayahnya..sibuk sangat ..Demi keselamatan anak. Ibu dalam terpaksa memebuat keputusan dia rela tinggalkan anaknya di bersama kakaknya yang bekerja sebagai suri rumah sahaja.


Kali pertama berjauhan memang sedih setiap hari jumaat di tunggu sebab ibu akan ambil anak kesayangannya untuk tempoh 2 hari dengan sikecil selebihnya anak akan tinggal dgn ibu suadaranya. Siibu dan bapa tidak lupa tangungjawab..duit bulanan dan keperluan si bayi sentiasa di jaga. Begitulah tiap hari hari yang berlalu.


 Alhamdulillah.. si kecil membesar dengan sempurna tinggal dengan ibu saudaranya.. mungkin bila cukup besar ibu bernekad akan  bawa anak untuk tinggal bersama.
Hari demi hari berlalu, usia sikecil hampir berusia setahun. Ibu membuat keputusan untuk bawa sikecil bersama.. Hari pertama tinggal bersama begitu perit... sikecil menangis.. dan tak selesa. Ibu bekerja terpaksa anak dihantar ke rumah pengasuh. Anak terusan menangis.. seminggu berlalu si kecil tak berubah... keadaan  memaksa siibu menghantar nya ke rumah ibu saudaranya semula.


 Lebih teruk lagi.. keadaan tidak mengizinkan kerana ibu mabuk mabuk dan ibu mengandung lagi.. kerana keadaan mabuk ibu mengambil keputusan untuk membiarkan sikecil bersama ibu saudaranya.
Anak kedua selamat di lahirkan dan perkara yang sama berulang lagi...


 Kini usia kedua dua anak itu hamper 4 tahun. Mereka enggan tinggal bersama ibu dan bapa. Setaip kali di ambil mereka akan demam, memberontak dan menagis.Pernah ibu ambil adik..abang akan marah marah kerana ibu pisahkan adik darinya.
Ibu sungguh sedih.. dia bekerja dan mangadu pada rakan kerja.. kali ini terasa benar dia tidak di perlukan oleh anak anaknya.  Kerana tidak biasa menerima keaadan itu.Si ibu mencuba telah banyak kali membawa anaknya bersama... namun berakhir dengan kegagalan.


Hari ini usia anak ibu dah hampir 5 tahun dan adik berusia 4 tahun..siibu lupa satu perkara yang penting.


Kasih sayang anak anaknya.. anak akan SAYANG pada oarang yang menjaga nya dari kecil... anak tak minta duit, tak tahu pun pampers lampin atau makanan ....malah mereka tak tahu nilai duit.  Malah mereka tidak akan faham apa itu kerja penat dan lelah..


Yang mereka tahu siapa yg bersama mereka ketika membesar. Siapa yang memandikan mereka, bercakap dan menjaga mereka tika sakit demam,  Siapa yang pujuk mereka.. siapa yang beri perhatian dan jagaan. Siapa yang peluk dengan kasih sayang ketika mereka sedih dan sakit? Gembira dan duka..? Siapa yang mereka panggil setiap kali mereka perlukan makanan? Sedangkan kit ayang dewasa punya perasaan ..inikan pula anak kecil.. mereka tahu dan selesa dengan siapa mereka membesar.


Abang dan adik tidak mahu tinggal bersama ibu. mereka mahu terus bersama ibu saudaranya..
Siibu amat sedih.... Adakah belum terlambat? si kecil dipaksa tingal dengan ibu setelah sekian lama..? Mereka cuma mahu saudara sepupunya ibu saudaranya.


Cerita sekadar renungan buat semua.. siapa kah patut menjaga anak kita...? ini cerit abenar rakan sekerja ku.. Dan ada jua yang di tinggalkan dengan ibu.. .sehingga 2 orang anak... dan anak terus besar dan duduk dengan nenek sehingga dewasa.. masa krisis melanda ibu patut tidak sedih bila anak lebihkan orang yg menjaganya dari kecil.. bukan ibu..


Sebenarnya penat lelah bangun malam tika anak menangis lampinnya basah... menyusukannya.. memujuk dan memeluknya tika demam. Itu adalah tanggungjawab ibu bapa.. bukan orang lain. Masa ibu memeluk anak akan rasa selesa di sayangi.. Bukan pengasuh yang di bayar..
Jangan salahkan anak jika perkara ini terjadi dalam hidup anda. Memang kerja menjaga bayi dan anak ini sukar... tapi sebab itulah anda di pilih untuk jadi ibu bapa , ini amanah.. Jangan lari dari tangungjawab kalau anda tidak mahu anak anda lari dari menyayangi anda. Jangan lebihkan mencari rezeki hingga lupa tanggungjawab pada sikecil anda..
Dan sekiranya si kecil berjauhan dari anda..adakah anda fikir mereka akan hidup untuk anda..? akan menjadi anak yang anda idamkan. Akan dapat anda didik dengan cara yang anda mahu? Sudah pasti jawapannya TIDAK!
fikirkanlah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat