Followers

nuffnang

Thursday, August 19, 2010

batuk ketika hamil...

saya pernah di serang batuk ketika hamil. Kalau ibu ibu berhajat nak makan ubat batuk ketika hamil...

sila beritahu doktor bahawa anda hamil dan batuk. So dia akan beri anda ubat batuk yang selamat di makan oleh ibu mengandung.

Jangan jadi rakan saya yg kehilangan anak pertamanya kerana batuk, dia makan ubat batuk yg tidak selamat utk ibu hamil.dan kerana itu bayinya meninggal dalam kandungan.

 Mungkin kes ini satu dlm seribu tapi risiko tetap ada. Ada sesetengah ubat batuk punyai kandungan yang menganggu aliran darah pada bayi dan menyebabkan apa yg tak sepatutnya berlaku. Untuk lebih pasti sila cek dgn Doktor anda.

Namun kalau batuk teruk sangat memang menguji. Bayangankan perut yang besar.. dengan rasa regangan bawah perut ..kebas dan sakit belakang. Ditambah dgn batuk rasa bergegar satu badan ..perit dan menyakitkan. Penat usah di katakan lagi... dan paling tidak selesa bila setiap kali batuk diiringi dgn keluarnya sejumlah air kencing . Ini kerana bayi yang telah membesarbertindak menekan bahagian tersebut dan bila ibu ibu batuk, tekanan bertambah kuat. Sedangkan pundi kencing bertambah lemah untuk mengekang air dari keluar.

 Batuk mendatangkan masalah yg besar bagi ibu ibu. Tidak selesa menyakitkan dan meletihkan. Bagi ibu yang kurang kuat, batuk yang keterlaluan kadangkala menyebabkan pendarahan. Apa yang saya lakukan? Makan ubat pun tak baik, buat ini tak baik..semuanya tak baik... finally Saya minum madu yang ditambah dgn asam limau nipis. Satu sudu biasa setiap pagi dan petang. Alhamdulillah ia beransur kurang dan batuk saya hilang.

2 comments:

Unknown said...

Saya dh cube madu ngan limau nipis tapi tak berjaya. Cube plak asam jawa pn tak baik. Cube komor air garam pn tak ok...tak tau lah nak buat apa...sakit ari² ni bile menekan perut yg semakin mmbesar. Lagi plak terkencing kencing dibuatnye.

serihati said...

ye saya dah lalui..sampai satu tahap saya pakai lampin dewasa.. mmg susah nak kawal kencing dan kadang kala ia keluar dlm jumlah yg banyak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat