Followers

nuffnang

Sunday, August 22, 2010

proses kelahiran

Tanyalah mana mana ibu. Pasti ramai yang memilih untuk melahirkan bayi anda secara normal. Apa kata kita lihat illustrasi bagaimana bayi anda di lahirkan secara normal. bermula dengan kedudukan bayi yang berubah dimana kepalanya ke bawah. dan kemudian memalingkan muka ke bahagian tulang belakang ibu. Dan melalui fasa pembukaan satu demi satu. apa yang selalunya berlaku , setiap ibu punyai pengalaman berbeza. malah walaupun ibu yang telah melahirkan ramai anak... setiap anak juga berbeza. rasa sakit melalui fasa fasa kelahiran. Normal ataupun secara pembedahan. paling penting berdoalah pada tuhan dan minta maaf pada suami sebelum anda ke 'labour room' Bila di perkatakan tentang proses bersalin selalunya ia membuat bakal ibu panic. Tetapi dengan pengetahuan dan persediaan yang baik. Percayalah anda boleh menghadapi proses tersebut dengan baik sekali. Bagi wanita yang telah menghadapi suka duka mengandung selama sembilan bulan, pasti berharap proses kelahiran bayinya berjalan lancar. Tetapi tak semuanya akan menjadi kenyataan. Percayalah setiap wanita dan setiap anak di lahirkan adalah berbeza. Jangan lupa, kekuatan mental memainkan peranan yang cukup besar.Berdoalah agar segalanya berjalan lancar dan tingkatkan pengetahuan anda dengan membaca dan bertanya. Apapun boleh terjadi, anda Cuma perlu bersedia. Kenali tanda tanda-tanda kelahiran sebelum menghadapinya, dengan demikian akan memudah anda menghadapinya. Tetapi saya bukanlah doctor atau pakat arif mengenainya. Mungkin untuk keterangan secara terperinci. Apa yang boleh kita kongsikan Cuma bahan bacaan dan pengalaman saya melahirkan secara normal. Alhamdulillah. sekiranya anda berasa sakit sakit atau tegang dan mengeras bahagian perut. Ambillah perhatian, ikut naluri. Rekodkan setiap kali anda rasa sakit itu datang dan pergi. Sekiranya sejam sekali atau setengah jam sekali. Kemungkinan itulah tandanya yang nyata. Tetapi jika sakitnya tidak tetap dan anda rasa release bila berubah kedudukan pastinya itu bukan sakit hendak bersalin. Sakit hendak melahirkan akan terasa sakitnya walaupun anda berubah kedudukan badan. Sakit dan menyakitkan dan kebanyakan ibu tidak tahu bagaimana untuk menceritakan kesakitan itu. Ikutlah arahan doctor yang bersama anda agar anda mudah menjalani proses melahirkan. Apa yang paling penting positifkan fikiran anda fokuslah berkatalah pada diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya dan segalanya akan berjalan lancar. memang mengkagumkan... sakit dan perit semuanya akan hilang bila terdengar suara sikecil menangis... kalau difikirkan..kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu... dan untuk anugerah itu..kepayahan dan keperitan yang ibu harungi..melebihi segalanya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat