Followers

nuffnang

Sunday, September 5, 2010

Ketupat daun kelapa.

salam.. semua. Beberapa hari lagi dah nak raya.. selalunya wanita dah siap sedia untuk anak anak dan keperluan rumah tangga persiapan untuk setaip kali pasti meriah.
Dan setiap kali raya juga pastinya masakan tradisi, rendang ketupat , lemang dan dodol terhidang di meja.
bagi ibu ibu, hidangan tetap sama tapi mungkin cara sediaannya sedikit berbeza dan lebih mudah nak di bandingkan dari cara penyediaan zaman dulu. Contoh yang paling popular ialah ketupat. ramai yang memilih untuk membuat ketupat yang di rebut dari plastik saja..
tapi tahukan anda apa perbezaannya antara plastik dan daun kelapa? atau daun palas.
Apa yang pasti rasanya yang lebih sedap wangi dan tahan lama. kalau ketupat yang sudah di rebus dan di gantung ianya tahan hampir seminggu. tapi ramai yang tak tahu tentang ini. malah ada yang belum pernah rasa bagaimana rasanya ketupat daun kelapa.
Di sini nak cerita sedikit tentang kebaikan dan keburukan ketupat plastik… Sekarang ni semua nya senang rebus dan dah siap.. ketupat daun kelapa sedikit susah,, nak cari keronsong nya.. dan lain lain..tapi banyak beza sebenarnya.. Sepertinya dari sisi rasa, nasi ketupat yang dibuat dari selongsong plastik ini juga tidak berbeda jauh, namun kalau dikaji lebih jauh, sebenarnya ada risiko tertentu akibat penggunaan plastik ini.
Plastik pembungkus biasanya dibuat dari polimer jenis polietilen atau polipropilen. Apabila terkena panas dalam waktu yang lama maka akan ada bahan aditif plastik yang keluar. Dalam proses merebus ketupat dalam plastic pelepasan bahan kimia ini akan keluar ke air rebusan. Dan kemudian akan diserap di dalam nasi ketupat. Beberapa jenis bahan polutan ini terdapat yang bersifat karsinogenik, sehingga kalau ketupat termakan maka bahan kimia ini akan bersama kedalam tubuh.
Jika boleh elakkan penggunaannya. Elakkan diri anda dari bahaya pencemaran karsinogenik yang terjadi ketika pemanasan plastik selongsong ketupat ini
Kalau pada anyaman daun kelapa, selama pemanasan, air dapat masuk ke dalam rongga dengan mudah melalui sambungan anyaman. Untuk selongsong ketupat dari plastik, supaya air dapat masuk, maka dinding plastik harus dilubangi dengan jalan ditusuk-tusuk di beberapa bahagian. Pilihannya mungkin berbalik kepada bahan tradisi. Ketupat daun kelapa atau daun palas…
Anyamlah sendiri atau beli saja di tempat yang ada menjualnya. Zaman sekarang ni semuanya mudah boleh order di internet.
Jika nak buat open house dan gantung ketupat yang dah siap di rebus makin nampak tradisinya..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat