Followers

nuffnang

Wednesday, August 11, 2010

memotong kuku bayi

Bukan lepas, aku melawat seorang rakan dengan bayi beliau yang masih dalam pantang. Mungkin tika itu kedaan sedikit tenang, si ibu memotong kuku bayinya… satu demi satu dengan hati hati. Tiba tiba sikecil menangis.. rupanya ibu terpotong kulit di bawah kuku bayi. Ohh tidak… sikecil terus menangis kesakitan dengan darah yang tak henti henti mengalir mengenai pakaian si ibu. Dan ibu kelihatan amat gusar dan terkejut. Saya pun agak terkejut memandangkan rakan saya ini telah mempunyai tiga orang anak... ini bermakna bukan kali pertama beliau memotong kuku bayi… Tapi bila terjadi tak siapa yang duga.. anak kedua ketiga atau lebih dari itu. Saya merasakan amat penting untuk di kongsi tips tips memotong kuku bayi untuk rujukan kita semua. Terutama ibu ibu yang baru punyai bayi atau kali pertama menjaga bayi sendiri tanpa di temani orang yg lebih arif mengenainya. Kuku jari bayi cepat panjang, kalau tak cepat dipotong dia boleh mencakar mukanya sendiri. Jika anda bimbang takut melukai tangan sikecil..pastikan anda sentiasa memakaikan sarung tangan untuk sekecil anda. Bila anda yakin boleh melakukannya, dan bila keadan tenang dan anda bersedia untuk memotong kukunya lakukan seperti berikut: 1. sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau tika bayi sedang tidur ini kerana bayi tidak banyak bergerak dan kerja memotong kuku lebih mudah di lakukan. 2. Gunakan pemotong kuku bersaiz kecil atau di khaskan untuk bayi. Dan tekan kuli bawah kuku bagi memudahkan anda melihat bahagian kuku dan kuli bayi. 3. boleh haluskan ujung kuku yang tajam selepas di potong dgn kikir kuku jika perlu. 4. Jika anda tak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu. Peringatan jangan plaster tangan bayi. Kulit bayi akan cepat tumbuh. Bagi kita yang beragama islam, lebih baik kita memotong kuku sikecil mengikut sunnah. Seperti gambar yang dilampirkan. Dan potong pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat supaya fadillatnya bermula sejak bayi kita masih kecil. Dan janganlah potong kuku bayi anda pada hari yang tidak patut, kerana kita inginkan anak yang terbaik , bermulalah pada peringkat bayi. Jangan remehkan sunnah. Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Sekian untuk di kongsikan. Jika anda berminat untuk mendapatkan pemotong kuku yang dikhaskan untuk bayi dan peralatan penjagaan bayi yang lain, anda boleh layari anakmaksayang.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat