
KOMPLIKASI kelahiran
Seharusnya anda meluangkan sedikit masa untuk mengetahui komplikasi ketika melahirkan dan alternative perubatan yang ada. Sekurang kurangnya anda tahu apa pilihan yang anda ada sekiranya anda menghadapai masalah ketika melahirkan. Anda punyai idea tentang apa yang boleh digunakan sebagai alternative dan anda faham apa yang pilihan yang doctor anda cadangkan. Dan paling penting anda faham apa yang akan doctor lakukan kepada anda dan apa risikonya.
Mungkin topic ini agak berat sikit dan memerlukan banyak info. Jadi saya suka mengingatkan sekiranya tak faham atau tak pasti, bertanyalah pada doktor anda.
Umumnya doktor akan membiarkan bayi keluar dengan normal selama tak ada indikasi kelainan dari ibu mahupun bayi. Tapi, cukup banyak kejadian di mana seorang calon ibu harus merasakan mulas selama berjam-jam tanpa ada pembukan jalan.
Kemajuan proses persalinan diukur melalui adanya pembukaan leher rahim dan turunnya janin ke rongga panggul. Proses bersalinan normal mempunyai tiga unsur utama:
kontraksi rahim yang kuat yang secara efektif membuka leher rahim,
Kedua, bayi dapat melalui jalan keluar /lahir, dan panggul yang cukup luas untuk memudahkan keluarnya bayi Bila salah satu unsur tak ada, kemungkinan untuk terjadi kelahiran yang tak normal.
Beberapa tanda persalinan palsu adalah:
* Kontraksi berlangsung sementara. Terjadi dengan jarak waktu tak teratur dan lama. Juga tak bertambah kuat dan cepat.
* Nyeri pada perut bagian bawah.
* Banyak berjalan, kontraksi malah menghilang.
* Kontraksi terhenti dengan memberi rasa selesa,seperti usapan
* Rasa sakit menghilang jika mengubah sikap tubuh.
Semoga info ini sedikit sebanyak membantu anda
No comments:
Post a Comment