Followers

nuffnang

Sunday, March 20, 2011

batuk selsema demam pada bayi

Pernahkah anda mempunyai pengalaman batuk dan selsema? Ketika itu hidungnya tersumbat, kepala pening dan tidak selesa.

Keadaan ini juga sama seperti apa yang di alami oleh bayi anda. Sebab itu kebayanakan bayi merenget dan meragam.

Penyebaran batuk dan selsema di kalangan bayi selalunya terjadi melalui sentuhan. Jarang sekali melalui batuk atau bersin. Orang yang batuk atau selsema menyentuh tangan bayi atau bertukar mainan dengannya. Pada ketika itu cecair hidung akan berpindah pada kulit atau mainan, dan masuk ke tubuh melalui hidung. Dari sinilah selalunya puncanya.

Selalunya selsema menyerang bayi anda selama lima hingga enam hari. Anda tidak perlu risau, sebab selsema memang mudah menyerang bayi Disebabkan sistem imun tubuhnya belum sempurna.keadaan ini adalah bagian dari mekanisme pertahanan tubuhnya dalam melawan virus.

Janganlah risau kerana bukan semua demam selsema merbahaya untuk bayi anda.. Batuk selsema pada bayi sebenarnya boleh sembuh dengan sendiri, seiring dengan meningkatnya imun sistem tubuh bayi. Sebenarnya flu tidak ada ubatnya. Selalunya jika anda ke klinik doktor akan membekalkan bayi anda acetaminophen atau ibuprofen untuk meredakan rasa sakit dan demam. Hanya meringankan gejala bukan menyembuhkan.

Sebaiknya tanyalah doktor anda atau fahamilah apa apa ubat yang anda ingin masukkan kedalam tubuh bayi anda. Ini oenting kerana pemberian ubat bukan bererti tiada kesan sampingan. Ubat tersebut akan berfungsi seperti kafein, yang meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah. kerananya, mungkin bayi anda meragam,susah tidur dan gelisah setelah diberikan ubat.

Ketika bayi batuk, dia akan kurang selera makan. Kekadang tidak seperti biasa. Usahakan agar bayi diberi cecair yang mencukupi bagi mengelakan dari dehidrasi. Jangan hentikan pemberian ASI atau susu formulanya.

Selalu suapkan sedikit demi sedikit air putih atau jus buah agar lebih segar. Berikan juga rasa selesa kepada bayi agar bayi cukup rehat dan cepat sembuh.

Waspada jika nafas bayi cepat atau tersekal sekat, pucat, lemas, tidak berinteraksi, demam tinggi lebih dari dua hari, dan nampak lesu pada ketika ini bawalah berjumpa doktor segera.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat