Followers

nuffnang

Thursday, May 28, 2009

dilema susu ibu


6.00 petang . Aku sudah pulang dari kerja..mengambil anak kecilku. comel betul dia..matanya bulat memandang sekeliling..sesekali terdengar dia mengeluarkan bunyi seolah olah bercakap denganku... cukup bahagia sekali melayan telatah sikecil ini...walaupun aku masih belum berehat sejak pulang dr kerja tadi.. berapalah sangat masa yg aku ada untuknya..esok pagi aku akan hanatrnya kerumah pengasuh lagiii
6.30 petang...kedengaran suara anak kecilku menangis sekuat hatinya... aku suakan juga puting susuku pada mulut comel tu... dia mengumut..sekali telan air susu aku terus saja dilepaskan.. kemudian dibuka mulutnya sambil menangis sekuat hatinya... kaki kecilnya sudah cukup kuat menendang nendang pahaku yg tengah duduk bersila meriba nya, sambil memangku kepalanya..
terus saja dia melonjak lonjakkan kepalanya keatas..sambil badannya ditolak tolak keatas.. sekuat kudrat yang dia ada...
tangisnya memenuhi ruang rumah... mulutnya terbuka luas menampakkan gusi comel dan bibirnya yang mulus..dia mengis sekuat hatinya.. aku masih menyuakan susu badan padanya. nampaknya dia makin marah padaku...dia terus memberontak menangis sekuat hatinya. nampak urat urat lehernya tegang.. tangis yg tersedu sedu... mukanya mula merah..seakan sakit..begitulah tangisnya.
hatiku terus ingin meyusukan dia... bismillahhirahhamn nirahhim.. aku membaca kalimah itu dan terus juga cuba memyuakan susuku padanya. Ya Allah permudahkanlah agar anakku ini meminum susu dari dadaku. Namun aku tidak tahan melihat tangis dan sedu nya yg makin panjang tanpa henti...
lalu aku dakap anak kecilkuu.. aku sayangkannya.. kerana itu aku ingin meyusukannya. Kenapa dia menerimanya? kenapa aku mesti perah dan letak dalam botol utuk beri padanya? puting akukah yg kecil? pendek atau dia tidak selesa... Ya Allah aku tidak minta puting susu yang begini... tapi hanya itulah rezeki untuk anakkku.. kenapa tidak redha wahai anak? Inilah rezeki utkmu.. minumlah sayang...?
Ibu bimbang nanti kamu mudah sakit... aku menepuk nepuk belakangnya... cuba memujuk dia diam..tapi tangisnya terus keras dan panjang... tanpa aku sedari airmataku mengalir laju... mengapa begini? aku rela bangun ditengah malam, pukul 2 dan 3 pagi semata mata ingin menyusukannya..ingin yg terbaik untuknya..? terus saja airmata ini mengalir tanpa henti... adakah anak ini tidak menyayangiku?
Sedih betul rasa hati ini... aku teringat gambar wanita menyusukan anaknya..aku rasa bahgia sangat.. tapi napa anakku begini.. baru hantar ke baby siter dia dah mula lupa aku... itulah dibenak fikiran ku.. aku terus saja mengalirkan air mata...
sambil aku menyuap botol susu ke mulut anakku. susu yg aku perah di pejabat tadi terus diminumnya dengan lahap.. mungkin penat dia menjerit tadi... terus saja esak tangisny ahilang diganti dengan bunyi ispana susunya yg deras...Yang masih berbaki esakan aku yg masih belum henti...
terus saja aku mengusap ngusap dahinya yang berpeluh... mencium pipi gebunyaa.. tapi aku masih sedih kerana anakku tidak mahu menyusu dr aku. sedih yg sukar digambarkan...
Apa lagi cara yg ada? aku mesti paksa anak ku.. tapi aku tidak sampai hati melihatnya mengis begini. saban hari doaku lepas solat..agar anak aku akan menyusu dr aku. Aku tidak mahu botol susu menjadi teman setianya.. biarlah dia ingat ibunya bila perutnya lapar... walaupun begitu aku tahu... hampir semua wanita bekerja akan menghadapi dilema seperti ni.
Aku rasa semua wanita tahu..menyusukan bukan kerja mudah.. badan akan cepat penat... kalori yg besar akan keluar... masa untuk bersama anak lebih panjang..kadangkala kita terpaksa duduk berjam jam.. ramai dikalangan bayi yang menyusu sedikit dan tertido..bila dicabut pting diakan akan sambung menghisap semula.. jika tidak dia akan menangis... Tapi ramai ibu yang rela..agar anaknya sihat dan sentiasa bersamanya... itu tidak termasuk bangun malam utk menyusuinya.. bukan sekali dua..malah semahu anak itu... mula la siibu yag bekerj amengantuk ke pejabat..tapi semua itu sangguip dilalui demi anak tecinta.
malah yang terpaksa menggunakan susu formula juga,rela berhabis duit utk susu yg terbaik untuk ananaknya...
Tapi aku yakin... ada jalan untuk aku terus memujuk sikecil ni pada aku... aku tahu laman web susuibu.com banayk membantu... insyallah ..aku pasti nanti anak aku akan kembali pada susu aku...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat