Followers

nuffnang

Monday, February 1, 2010

pengasuh anak

salam...

Cerita pasal pengasuh lak ari nii. ceritanya tentang anak dan ibu bekerja. ikutkan hati nak berenti saja keje. bolehlah aku jaga sendiri anak aku. Lepas pantang aku hantar anak rumah pengasuh.. masa mula anta tu ok jee, makcik tu jaga. dekat jeee. disebabkan aku duk umah bertingat tingkat, aku duk tingkat Atas, pengasuh tu tingkat bawah skit,.kira mudah la untuk aku.... makcik tu lak tak berkira, so kekadang aku terlajak balik sampai pukul 7mlm pun dia tak le pula ambik bayaran lebih...

alhamdululillah. cerita bermula bila aku pi tegahhari tgk anak aku.. mulanya aku tertengok anak aku kencing sampai basah baju dan seluarnya tak ditukar... rasanay dah berapa lama? mereseap sampai ke baju... terbaring diruang tamu tanpa pengawasan sepatutnya. anak aku masa tu baru dua bulan lebih...

kali kedua lak... aku dtg tgahhari, anak aku belum dimandikan.. beria ria makcik tu minta maaf. aku masih lagi kata ok. lepas tu aku duk membilang jumlah budak yang dijaganya... mak oii... lebih dari 10 orang.. pi balik ... aku tak tau sebenarnya berapa budak yang dia take care... tambah lagi suaminya berniaga..emm pepagi aku tgk dia kalut memasak utuk berniaga ..rasa rasa terjaga tak anak aku dgn baik?

aku wonder why, tp aku tak cakap pe.. sampai laaa bila anak aku demam dan cirit birit. paling menakutkan najisnya bercampur darah beku... susut badannya. nak masuk 2 minggu anaka aku tak baik baik... masa tu aku cuti..dan kepercayaan aku punah nak anta kat pengasuh tu... So, ambik pembantu rumah...

pembantu umah indonesia... memang semuanya beres... tapi.. aku dan suami tak selesa ada orang asing dirumah kami.

memang semuanya tersedia.. tak payah suruh semua pembantu buat. tapi aku lak... memasak.. memang aku nak buat sendiri.. jaga anaak ..kalau aku balik opis memang aku nak jaga sendiri... aku tak nak org kacau. nanti anak sayang pembantu dr aku..aku maknya..aku yg berhak.

bilik aku lak aku sentiasa lock... biar kamar tidur aku sendiri urus..kang lain lak suami aku rasa.. tu paling penting. moop ke sapu ke aku buat tak pun aku guide pembantu buat.

finally semuanya aku nak buat sendiri... apa yg pembantu buat? diam diam kami buat keputusan tyak perlu pembantu lagi. BUttt duit dah abis banyak nak bawa dia dtg sini... arggghh ....biarla. soo siri mencari pengasuh pulak...

jumpa la type orang yg cenggini:

1. Jenis Tamak . nak jaga anak orang ramai ramai.. lebih 10 orang pun sanggup... ko bayangkan kalau sorg tu minimun 250.00 10 tak ke 2500.00? tu jaga lebih dr sepuluh...tak ke lumayan.. tapi betul ke ko jaga elok? Jga memang sekadar untuk duit jeee

2. Jenis berkira... lambat sejam pun nak suruh bayar RM10.00 tapi kalau hari cuti umum tak pulak nak tolak duit bayaranya,...

3. Tak dengar cakap suami... jenis ni aku pertama kali jumpa. aku takle baik sangat. tapi masa aku ckp nak jaga anak..dia kata boleh tetiba suaminya dtg menyatakan tak setuju isterinya menjaga anak. tapi si isteri berkeras mahu jaga anak aku. eiihhh maaf laaa. aku tak nak bagi laa anak dijaga keluarga nii. entaha esok lusa suaminya memukul anak aku dera apa nak cakap?

4. mulut manis. depan kita anak kita dilayan baik. bercakap lembut dengannya, kemas dan bersih. Rupanya di belakang kita budak tu jadi penakat, tiap masa diherdik dan dimarah... emaknya pun tak begitu dgn anak...

5. Jenis memburukkan orang lain. ni kes nak dapat jaga ramai budak... sibuk cerita si A jaga tak baik.. si B guna rotan dan dialah saja yng jaga bagus... bagi aku org yg sibuk cerita pasal org lain.. dialah yg buruk sebenarnya.

6. belasah barang anak. ni kena la saba sikit. hantar apa pun habis.. makanan abis..susu abis..lampin pun abis.. pengasuh guna untuk anaknya sendiri atau anak oerang lain yang di jaganya.. ada ke patut? bengkok la macam ni!!!

dan macam macam perangai lagii.... SO, melalui spesis ni semua.. aku kena buat pilihan... tapi sebagai mak bapa yg masih mampu.. aku tak kisah bayar rm 400 atau 500 sebulan asalkan anak aku dijaga oleh seorang wanita yang ikhlas nak jaga anak aku. bukan sebab duit dan dapat persetujuan suaminya. kalau ada ilmu agama lagilah bagus. kerana aku mampu membayar gaji pembantu rumah... bererti aku mampu untuk bayar pengasuh lebih.. tetapi pengasuh yng kucari tak kutemui... ketandusannn rupanyaaa.

Tapi di tengah dunia yg serba mengejar duit ni... Aku masih belum putus asa mencari dan terus mencari. masihkah aku boleh kutemui pengasuh itu?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat