Followers

nuffnang

Wednesday, March 24, 2010

Kerana kita ingat ia cerita dongeng!

Kerana kita ingat ia cerita dongeng! Tak rasa dengan hati tak nampak depan mata... Bila kita ceritakan pada anak anak kita. Kisah Yusuf a.s, Kisah Muhammad Rasullah saw, hatta kisah neraka dan syurga..... nada kita sama, seperti kita menceritakan kisah snow white dan 7 sikerdil. Atau sama tarafnya dengan Jack dan gergasi , kisah repunzel dan cenderalela. Sijahat dan sibaik, akhirnya pasti menang. Dan begitulah saja berlalu kisah kisah yang diterjemahan oleh al Quran... tetapi sebenarnya ada element yang lebih penting… iaitu ketakwaan dan pergantungan diri pada pertolongan tuhan amat penting diterapkan. Ceritakanlah berkali kali pada diri dan pada anakmu agar kamu lebih mengerti. Kerana kita sendiri membaca seakan hanya sebuah cerita.. tak merasa interaksi antara kita dan cerita itu.. hati kita tak bersama didalamnya...tak merasa... Sampaikanlah cerita al Quran sebagai cerita benar yang sama sekali tak setaraf beuty and the beast. Malah syurga dan neraka adalah perhitungan yang tak berakhir, menuntut akhlak. Ceritakanlah dari hati… kerana ia akan sampai ke hati anakmu. Bacalah dengan mata hati…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat