Followers

nuffnang

Sunday, May 9, 2010

bayi anda selsema? Apa nak buat ni?

Cara terbaik elakkan si kecil anda dari dijangkiti. Ingatlah mencegah lebih baik dari mengubati... Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya: • Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam. • Oleh sebab bayi terlalu muda untuk menghembus hidungnya sendiri, laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi. • Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap. • Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksalah lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat