Followers

nuffnang

Thursday, July 29, 2010

lemas kering

bila aku taip perkataan lemas kering.. kat dalam google, aku tak jumpa pe pun... tu dalam bahasa melayu lee. bahasa lain aku kurang pasti.. nak kena tanya doktor. Adakah anda tahu apa yang dikatakan lemas kering. Ketika aku sedang leka melayan satu rancangan TV kegemaranku... aku telah terdengar tentang satu tragedi menyayat hati. Seorang ibu yang sedang menangis sayu menceritakan detik anaknya meninggal dunia. Ianya berlaku di mana seorang kanak kanak (dlm 4 atau 5 tahun-kurang pasti) mati kerana lemas kering. dan rata rata ramai orang tidak faham apa itu lemas kering. sehinggalah muncul seorang doktor menceritakan apa itu lemas kering. Sebagai ibu saya rasa patut kita kongsi infi ini di sini. Agar 'lemas kering ini' tidak terjadi pada diri kita dan sahabat sekeliling kita... ceritanya begini.. kanak kanak tersebut mati dgn hidung dan mulut keluar buih ..dan ibunya menyangka dia tidur..kerana kanak kanak tersebut menyatakan dia mengantuk yang amat sangat, selepas belajar berenang di kolam renang ... dan itulah kali pertama dia belajar berenang... Apa yang sebenarnya berlaku ialah semasa di kolam renang, kanak kanak tersebut telah menyedut air masuk melalui hidung kedalam peparunya.. dan selepas aktiviti berenang beliau nampak letih dan mengantuk.. kerana air telah memenuhi paru parunya... Ini menyebabkan udara didalam peparu mula berkurangan dan di penuhi air... kanak kanak tersebut mula mengantuk...kerana kurang udara dan nampak lemah. Beliau lemas kerana tidak mendapat oksigen secukupnya... apa yang terjadi ialah, peparu beliau di penuhi air.. Air yg memenuhi peparu mula memenuhi ruang pernafasannya dlm bentuk buih dan menjadikannya lemas. sekiranya ada yang menyedari ini terjadi, cepat bawa ke hospital. doktor akan memberinya oksigen dan mengeluarkan air dlm paru parunya. tetapi bila kanak kanak tersebut di birkan tidur... segalanya telah terlambat dan hanya menyedari selepas buih buih air yg di sedut mula keluar dr hidung dan mulutnya... keadaan terlalu kritikal. paling penting ibu bapa kena pastikan anak anak yg belum mahir dgn air.. tutuplah hidungnya.. beritahu mereka supaya tidak menyedut air kedalam hidung.. amat merbahaya.. tulisan ini , sekadar renungan.. sekiranya perlu mungkin anda boleh bertanya doktor dan mereka yng lebih tahu mengenainya... saya sekadar menyampaikan... moga info ini berguna sebagai pengetahuan asas kita...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat