Ramainya keng kawan yang bakal dan telah menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.. tahniahhhh. kat sini nak coret sedikit panduan sambut baby. Mungkin anak pertama nak semuanya perfect. Tetapi anda pasti dapat banyak bantuan dr orang tua.. tapi anak kedua, dan ketiga selalunya suami isteri lakukan sendiri.. Semoga dengan lakukannya akhlak mulia bersama anak anak kita...Amin..
part 1: adalah sebaik saja selepas lahir.
part 2: ialah amalan beberapa hari selepas bayi lahir(insyallah saya tulis selpas artikel ini)
1. Azan dan iqamah
Maksud hadis riwayat al Baihaqi ' baginda SAW bersabda"sesiapa yg memperoleh cahaya mata(anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan'.
caranya :
a. pegang bayi menghadap arah kiblat
b. azankan telinga kanan dahulu
c. kemudian pusingkan bayi dan iqamahkan ke teliga kiri
cara melakukan sama sahaja bayi lelaki atau perempuan.
hikmahnya
a.supaya perkara pertama yg bayi dengar ialah kalimat seruan mulia yg
mengandungi kebesaran Allah dan syahadah
b. agar dakwah kepada agama Allah dan agama Allah dahulu sampai kepada bayi dari mendengar hasutan syaitan
2. Tahnik
maksud Hadis riwayat Bukhari' telah berkata Abu Musa r.a ' aku mendapat seorang anak lelaki, aku membawanya kepada rasullah SAW, baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mwentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan anak itu kepadaku'.
Tahnik ialah amalan memindahkan benda manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan, boleh juga digantikan dgn makan manis yg lain seperti madu.
caranya:
a. letakakn kurma lembut di hujung jari.
b. gerakkan jari tersebut dlm mulut bayi dengan lemah lembut kekanan dan kekiri sehingga mengenai seluruh mulut bayi.
hikmahnya
memudahkan proses penyusuan ibu dan membantu penghadaman.
3. memberikan nama
Dari amir Syuib katanya " sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan agar memberi nama kepada anak yg baru lahir pada hari ketujuh dari hari kelahirannya,
menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah baginya' - Maksud hadis Riwayat Tirmizi.
Hikmahnya
nama yang baik adalah doa untuk keperibadian yang baik bagi anak anak.
No comments:
Post a Comment