Followers

nuffnang

Wednesday, January 28, 2009

DAH 8 BULAN AKU MENGANDUNG

abis minggu ni dah 8 bulan aku membawa kandungan aku.
minggu ke 31 aku check ( kira -kira 7 bulan lebih) berat badan aku turun satu kilo. Emmm doktor kamsuria kata mungkin sebab aku batuk...
minggu lepas aku pi klinik panel.... yg buat test pregnant aku dulu..senang kat opis aku jeee. dia kasi aku ubat batuk...makan ubat batuk yg doktor bagi? emm aku ni penakut skit.. takut apa apa jd kat anak aku. aku cuma berani teguk satu sudu ubat batuk tu... aku masuk opis luang masa skit cari pasal batuk dan pregnant.
info aku dapat.
1. ubat batuk yg ada 'decongestants pseudoeherine dan phenylephrine' boleh bagi kesan pada peredaran darah pada janin dan menyebabkan bayi meninggal dalm kandungan. opis mate aku dah kena..makan ubat batuk dan keguguran..tapi salah dia juga tak kasi tau dia mengandung.
2. ada ubat batuk yg selamat, tapi sebenarnya apa-apa ubat batuk pun akan bg kesan pada perkembangan otak bayi.
so aku ambik keputusan tak makan ubat klinik. cuba je cara tradiosional. makan madu campur limau nipis dgn air suam. kira aku masih bernasib baik sbb batuk dah nak masuk 8 bulan. pada sesiapa yg baru cecah usia hamil 1-3 bulan kena hati hati sbb madu panas. tak elok makn banyak. mak kata kesan macam nanas..boleh menyebabkan keguguran. tapi memang ia berkesan..rasa batuk makin kurang.
24 jan'08 ajak suami pi salindah kat belakang KPJ tu.. kat sana mereka syor aku ambik asmakor. khas untuk batuk.. emm baru aku rasa yakin skit..sbb aku tahu ubat hormopati memang takde drug. so aku minum la asmakor.
tapi aku tak tahan dengan masalah kencing. pundi kencing agak sukar untuk menahan air kencing keluar setiap kali aku batuk. dalam minggu pertama batuk aku pakai lampin dewasa dan rasa takselesa... terutama bila melakukan urusan pejabat..takut org bau... sian mereka.. tapi alhamdulillah dalam seminggu batuk aku dah kurang,.. sekarang pun aku rasa 99% batuk aku dah pulih... so purata dalam 21 minggu lebih je aku batuk.
tambah dgn set salindah dari bulan 8 hingga lahir. tak lupa RTD untuk elakkan bayi aku kuning nanti. sekarang tak rasa susahnya..nanti bila babay dah ada dgn kita yg tgh letih melahirkan .. kalau blh aku takmo duk hospital sbb baby kuning..baik cegah awal awal. harap anak aku nanti lahir sihat dan sempurna. susah skit sekarang takpe.... jgn susah kemudian.
Emm .... aku tak tahu apa jd dgn aku..selera makan makin kurang, sebut pasal makan aku dah rasa tak suka... takde minat nak makan..tapi aku kena makan..kalau tak akau takde tenaga langsung. jagan berat aku turun lagi dah..sian baby aku. tapi takpe la... beratnya pada usia 7 bulan 1.2 kg lepas 3 minggu dah naik pd 1.8kg. maksudnya satu minggu dia naik 200grm. kira ok la tuu...
sayang anak mak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat