Followers

nuffnang

Thursday, February 26, 2009

Mengapa sakit beranak boleh berpanjangan

Sakit bersalin daripada ia mula sampai ke melahirkan bayi bergantung kepada beberapa faktor. Biasanya bagi anak sulong, sakit ini akan berpanjangan, mungkin antara 6 hingga 24 jam. Sedangkan anak yang kedua dan seterusnya mungkin jangka waktu ini lebih pendek iaitu antara 2 hingga 12 jam.

 Malah ada setengah wanita yang bersalin terlalu cepat beranak. Mereka ini termasuk dalam golongan 'precipitous labour' ataupun sakit yang amat cepat dan inilah yang kadang-kala mengakibatkan mereka lahir di rumah ataupun dalam perjalanan ke hospital.

Sebenarnya sakit bersalin ini ditandakan dengan kuncupan rahim yang biasanya telah mula berlaku dalam bulan terakhir kehamilan. Mulanya ia sebagai kuncupan untuk menyediakan sakit bersalin. Kuncupan ini digelar dengan nama 'Braxton Hicks contraction' dan biasanya ia berlaku pada bulan terakhir kandungan dan ia akan dirasai sebagai perut mengeras sahaja.

   Tetapi apabila sudah dekat dengan waktu bersalin kuncupan ini akan menjadi sakit dan apabila sakit mula dirasai 10 minit sekali, itulah biasanya permulaan 'labour' atau sakit bersalin. Ataupun apabila air ketuban telah keluar kerana selaput membrane telah pecah, ini pun adalah sebagai salah satu tanda bermulanya sakit bersalin. Mengapa sakit berpanjangan?

  1. Kelahiran anak sulong sebagaimana kita ketahui bahawa rahim belum biasa menjalani proses bersalin dan ini mungkin satu faktor yang menyebabkan ia lambat untuk melahirkan anak. Juga tisu-tisu pada saluran beranak khususnya dalam rongga punggung dan juga saluran faraj masih lagi ketat atau keras. Oleh itu ia belum sebegitu mudah memberi laluan kepada kepala bayi berbanding kepada ibu-ibu yang telah biasa dan beberapa kali melahirkan anak kerana rongga ponggong mereka luas dan saluran faraj mudah kembang untuk kepala bayi keluar.

   2. Kedudukan kepala bayi yang tidak betul. Kadang-kala kepala bayi mungkin berada dalam keadaan yang tidak sesuai seperti muka mengadap keatas. Sepatutnya muka bayi mengadap ke bawah ke arah saluran najis ibu, tetapi jika ia mengadap ke bahagian perut dan keadaan ini digelar dengan 'occiput posterior'. Ini akan melambatkan proses kelahiran kerana dalam kedudukan seperti ini, ukuran kepala bayi akan menjadi lebih besar dan tidak mengikut lenturan rongga ponggong ibu. Ada setengah pula kepala bayi senget iaitu apa yang digelar 'asynclitism'. Keadaan seperti ini memang menyulitkan laluan kepala bayi menerusi rongga dan saluran faraj kerana ia tidak mengikuti lenturan biasa. Oleh itu saluran menjadi sempit bagi bayi tersebut. Inilah yang menyebabkan proses sakit bersalin menjadi lebih panjang daripada biasa.

3. Saiz bayi terlalu besar, mungkin disebabkan ibu tersebut mengidap penyakit manis. Setengah wanita hanya mengalami kencing manis sewaktu hamil. Di kalangan mereka ini biasanya ibu atau bapanya memang mengidap penyakit kencing manis. Tetapi jika tidak hamil ia tidak kena diabetes. Di kalangan mereka ini biasanya timbang berat bayi mereka melebihi 4 kg ketika lahir. Sebab itulah proses kelahiran mungkin lambat kerana rongga ibu dan peranakan agak sempit bagi laluan kepala bayi.

4. Rongga ibu yang sempit 'cephalopelvic disproportion'. Di kalangan setengah wanita didapati saiz rongga mereka agak sempit khususnya mereka yang ukuran tingginya kurang dari 5 kaki. Jika bayinya kecil, kurang daripada timbang berat 3.3 kg, mungkin mereka boleh melahirkan bayi secara normal, tetapi jika bayinya agak besar proses kelahiran akan berpanjangan dan kelahiran secara normal agak sukar sedikit. Mereka mungkin akan memerlukan bantuan ketika melahirkan samaada secara forceps atau vacuum.

   Apakah kesan sakit bersalin yang berpanjangan?
Kesannya pada ibu ialah kepenatan menyebabkan ia tidak bertenaga dan tidak bermaya untuk meneran serta menolak keluar bayi ketika sampai waktunya untuk lahir. Kepenatan ini boleh juga menjejaskan proses kelahiran seterusnya menyebabkan kadang-kadang doktor perlu menjalankan pembedahan untuk melahirkan bayi.

Kesan pada bayi - mungkin bayi boleh lemas akibat daripada kuncupan rahim yang terlalu kerap dan berpanjangan menyebabkan fungsi uri terganggu. Oleh itu bekalan oxygen dan makanan daripada uri akan menurun dan bayi akan mengalami masalah dan ini ditunjukkan dengan denyutan jantung yang semakin perlahan.

 Jika keadaan ini berlaku, kelahiran secara cemas perlu dilakukan. Kalau pintu rahim telah terbuka dengan sepenuhnya, kelahiran secara forceps atau vacuum boleh dilakukan. Tetapi jika pintu rahim masih belum terbuka lagi dan kepala bayi masih tinggi diatas rongga punggung, maka pembedahan cesarean perlu dilakukan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat