Followers

nuffnang

Monday, March 2, 2009

Apakah tanda-tanda hampir bersalin?

Perbualan informal dengan rakan sepejabat...
'sakit bersalin tuh macammana? aku rasa macam rengat .. tau tak rengat? macam kena elektrik kat ari ari...'
'ko biar betul..'
'aku bersalin lambat lagi aa.. 20 mac doktor kata. dah tu sakit skit jee. bukan banyak pun. takkkan sakit bersalin sakit skit..mesti sakit yg teramatkan?'
'tak tentu juga... aku dulu sbb sakit skit la aku terberanak kat umah'
'ehh ..mana tau buka 3 cm ke 2cm ke? tak boleh tau sendiri ke?'
'mana boleh doktor je yg boleh cek'
'emm tak pe pe kot..' 'ko baik tengok jam, time bila ko sakit? dpt tgk aturan dia... senang skit'
' ok la... tapi skit..je mcm tak rasa pun ada. kalau pi doktor..taknak beranak... kang orang kata mengada lak...'
' tapi ada orang kasi tau aku..kalau makan salindah..memang setakat 2 atau 3 cm tu tak rasa... cuma kalau dah nak beranak sgt tuuu baru rasa. dah dekat sgt beranak baru nak rasa'
'eissh aku minta la takde pe pe.. esok lagi aku nak pi meeting Kat dayabumi. mcmnana kalau nak terbernak kat sana.. haru aku.'
' harap harap..kalau sakit nak bersalin..biarla hari ni atau malam ni..atau bila bila aku dekat dengan umah dan pejabat.. jangan la sampai aku dah pi kerja jauh jauh baru nak bersalin..'

fakta... Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa: sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing sakit perut, memulas kerap buang air besar kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

  Sakit belakang Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) ) keluar air ketuban. pergerakan bayi menjadi kurang kerap. keluar darah dari vagina. apa saja masalah yang dialami.

Sumber: When Labor Begins, babies.sutterhealth.org Labor Signs, webmd.com Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat