Followers

nuffnang

Monday, December 21, 2009

Tanda tanda anda hamil!

Antara simpton kehamilan

• Anda rasa "tidak begitu sihat

• Sakit di bahagian atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa, loya atau muntah

• Demam

• Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang berlaku lebih dari dua jam

• Bengkak (juga dikenali sebagai edema) tangan, muka dan mata

• Sakit kepala yang teruk lebih daripada dua atau tiga jam

• Pendarahan vagina yang sedikit atau banyak

• Rembesan cecair dari vagina

• Peningkatan rasa dahaga yang tiada pengencingan

• Sakit semasa pengencingan diikuti dengan suhu tinggi, menggigil dan sakit belakang

• Muntah yang teruk: lebih daripada dua hingga tiga kali sehari pada trimester pertama, mula muntah semasa kehamilan atau muntah diikuti dengan sakit dan/atau suhu yang tinggi

• Pengsan atau pening

• Sakit bahagian bawah abdomen yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi

• Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21

• Kegatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan dengan atau tanpa jaundis, urin berwarna gelap dan najis yang pucat

• Anda jatuh atau terhentak pada perut

Tidak kira berapa luas anda telah baca atau berapa banyak berbincang dengan ibu-ibu yang lain mengenai kehamilan, ianya sukar untuk mengetahui sama ada apa yang anda rasakan semasa kehamilan adalah normal atau tidak. Berikut adalah simptom yang perlu anda risaukan. Jika anda sedang mengalami satu-satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera.

Anda rasa "tidak begitu sihat"

Jika anda tidak pasti mengenai satu simptom, tidak berasa seperti biasa atau berasa tidak selesa, percayalah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega.

Doktor anda menjangkakan panggilan seperti ini dan akan sedia memberikan nasihat kepada anda. Badan anda berubah dengan cepat dan kadang-kala ianya sukar untuk mengetahui sama ada apa yang anda rasa adalah “normal” atau tidak. Sakit di bahagian atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa, loya atau muntah

Simptom ini menunjukkan samada ketakcernaanyang teruk, virus dalam perut, keracunan makanan atau pra-eklampsia - satu keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.



Demam

Jika suhu anda melebihi 37.5 darjah C / 100 darjah F, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama.

Jika suhu melebihi 39 darjah C / 102 darjah F, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C / 102 darjah F bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi anda.

Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang berlaku lebih dari dua jam Simptom-simptom ini adalah tanda-tanda pra-eklampsia.

Bengkak (juga dikenali sebagai edema) tangan, muka dan mata Kira-kira empat daripada lima wanita akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pra-eklampsia.

Sakit kepala yang teruk lebih daripada dua atau tiga jam Jika anda mengalami gangguan penglihatan dan bengkak yang tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mempunyai pra-eklampsia. Pendarahan vagina yang sedikit atau banyak

Pendarahan sedikit tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses pelekatan apabila embrio melekat pada uterus di awal kehamilan atau pendarahan menunjukkan kejayaan menjadi hamil. Tetapi anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh menunjukkan komplikasi yang serius:

• Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna lebih gelap) bersama kesakitan teruk di satu sisi pada abdomen boleh menjadi tanda kehamilan ektopik.

• Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila bersama sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran yang sebenar atau berpotensi.

• Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, koyakan plasenta yang berlaku apabila plasenta mula berpisah dengan dinding uterus atau kelahiran pra-matang (perlahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).

Rembesan cecair dari vagina

Rembesan cecair dari vagina sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda akan memasukkan anda ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pra-matang. Selepas 37 minggu, anda mungkin akan mula proses perlahiran. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika perlahiran tidak bermula dalam 24 jam. Peningkatan rasa dahaga yang tiada pengencingan Ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan, yang meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.

Sakit semasa pengencingan diikuti dengan suhu tinggi, menggigil dan sakit belakang

Anda mungkin mendapat jangkitan saluran urin, yang boleh dirawat dengan antibiotik. Muntah yang teruk: lebih daripada dua hingga tiga kali sehari pada trimester pertama, mula muntah semasa kehamilan atau muntah diikuti dengan sakit dan/atau suhu yang tinggi

Muntah lebih daripada beberapa kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda. Anda perlu hubungi dengan doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pre-eklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan – hubungi doktor anda.

Pengsan atau pening

Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor anda untuk mengetahui punca-punca yang lain.

Sakit bahagian bawah abdomen yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi Anda mungkin mengalami ligamen terkoyak/tertarik atau mungkin ia tanda kehamilan ektopik, keguguran, perlahiran pra-matang, fibroid yang merosot dan berdarah atau koyakan plasenta.

Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21

Bayi anda mungkin tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. (Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan).

Kegatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan dengan atau tanpa jaundis, urin berwarna gelap dan najis yang pucat

Simptom-simptom ini menunjukkan hepatitis atau masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

Anda jatuh atau terhentak pada perut Jatuh tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda tidak perlu risau; bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, rembesan cecair atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat