Followers

nuffnang

Friday, July 23, 2010

Jangan pandang remeh jika anak kena gigitan haiwan berbisa.

Tolong jangan pandang remeh walaupun ianya seekor semut!!!
Anak saya baru kena sengatan lebah.. ketika berada di rumah neneknya di kampung. Alah setakat lebah.. biasa la tu...  tapi tetiba adik saya yang ada latar belakang perubatan membebel.. katanya jangan ambil mudah bila orang dewasa atau kanak kanak terkena gigitan haiwan walaupun seekor semjut!
Jangan sampai anak anda menemui ajal baru nak menyesal.. ambil tahu sikit pasal bahaya gigitan serangga. Ada yang boleh membawa maut!
JAhi say abawa anak ke hospital, doktor bagi satu injection dan ubat. Ablik tu saya membaca tentang bahaya gigitan serangga dan barulah saya tahu pentingnya kita untuk ambil tahu.

Mungkin artikel ini boleh memberi anda banyak info...

 Mengendali Sengatan Serangga Pada kanak-Kanak Serangga daripada janis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar kerana gigitan atau sengatannya boleh menyebabkan tindakbalas keracunan mendadak serta alahan yang boleh membawa maut. Belakangan ini terdapat beberapa laporan akhbar tentang kejadian serangan lebah yang telah meragut nyawa kanak-kanak.

Serangga ini adalah jenis serangga dari kumpulan hymenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya.

 Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan kepada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut. Bagi langkah kecemasan pada sebarang gigitan serangga, langkah umum yang diambil adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa setiap gigitan boleh memudaratkan kesihatan mangsa.

 Jika ini berlaku, mangsa sengatan boleh menunjukkan salah satu tindakbalas berikut: untuk mangsa yang pertama kali disengat, kesan kesakitan dan rasa panas dirasai pada tapak sengatan. Bengkak merah akan muncul selepas sengatan tersebut dan bengkak ini akan hilang selepas satu hingga dua jam. Bahan beracun himenoptera boleh menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya gerak balas badan (bahagian sengatan kelihatan timbul), rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan. Kesan-kesan ini akan surut dalam beberapa jam kecuali jika sengatan di mulut atau kerongkong yang menyebabkan reaksi ini boleh menyempit saluran pernafasan. Jika mangsa alah kepada bahan racun tersebut, kejutan anafilaksis akan dialami.

 Untuk mangsa yang pernah mengalami sengatan sebelumnya atau menunjukkan kesan alahan yang keterlaluan, bengkak merah yang muncul akan merebak ke kawasan lain untuk menyebabkan mangsa mengalami kesan-kesan lain seperti pening, sakit kepala, sakit perut dan rasa lemah badan. Jika sengatan yang berlaku meliputi keseluruhan badan seperti di dalam sengatan sekawan besar serangga, tindakbalas alahan menjadi teruk sehingga mangsa boleh mengalami bengkak di saluran pernafasan, susah bernafas dan pengsan.

 Kematian mengejut boleh berlaku jika langkah kecemasan tidak dijalankan ke atas mangsa sengatan ini. Reaksi alahan ini menjadi ketara antara 30 minit hingga 24 jam selepas disengat. Reaksi luar biasa ini hanya terhasil daripada pembabasan bahan kimia yang dapat menghasilkan kejutan (penurunan tekanan darah), penyempitan sistem pernafasan, ruam menyeluruh dan bengak pada saluran darah. Ini membuatkan pesakit merasa sesak nafas, tidak sedarkan diri atau boleh menyebabkan maut. Reaksi ini biasanya dialami pada mangsa alah yang pernah disengat oleh tebuan atau lebah. Reaksi anafilaksis, walaupun ringan (hanya ruam, lecur dan tidak mengancam nyawa) tetapi masih perlu dirawat di hospital atau klinik.

Reaksi anafilaksi selalunya berlaku selepas badan menjadi peka (sensitisasi) apabila sedikit alergen terkandung pada racun yang masuk ke dalam tubuh mangsa menghasilkan reaksi pada sel-sel sistem pertahanan badan. Ini menjadikan sistem pertahanan lebih peka (hipersensitif) kepada bahan tersebut apabila didedahkan seterusnya.

Selalunya sengatan pertama atau sengatan sensitisasi ini tidak disedari oleh mangsa kerana ia tidak menghasilkan kesan yang ketara selain reaksi setempat. Keupayaan hipersensitiviti hasil daripada sengatan sensitiasi boleh bertahan dari berberapa bulan hingga beberapa tahun. Apakah langkah-langkah kecemasan yang perlu dilakukan? Mana-mana bahagian tubuh yang terdedah boleh menjadi sasaran sengatan serangga.

 Apabila bekerja di luar rumah pastikan anda memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan kasut. Elak memakai pakaian bercorak bunga-bunga dan berwarna-warni kerana ini akan menarik perhatian serangga himenoptera. Pastikan anda tidak memakai bau-bauan atau minyak wangi atau bahan yang berbau kuat kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera. Apabila berkelah pastikan makanan yang manis atau sisa makanan tidak terdedah kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera. Jangan ganggu sarang serangga. Jika diusik, serangga cenderung untuk menyerang bagi melindungi sarangnya.

Gunakan racun serangga atau ubat sapu penghalau serangga di badan untuk mencegah gigitan atau sengatan serangga. Apabila menghadapi serangga tebuan pergerakan yang perlahan untuk mengelak lebih baik daripada pergerakan cepat untuk melarikan diri atau cubaan untuk membunuh serangga tersebut. Jika anak anda terkena sengatan serangga Jika disengat oleh serangga, jangan tampar atau bunuh haiwan serangga tersebut. Kebiasaanya, serangga akan meninggalkan pundi sengat ke dalam kulit yang akan tertolak lebih dalam masuk ke kulit dan akan menyukarkan pengeluaran pundi sengat tersebut.

 Tepis serangga daripada kulit dan perhatikan sama ada pundi sengat masih tertanam di dalam kulit. Jika dapat melihat pundi sengat tersebut, gunakan pengumpil atau penyepit untuk menanggalkan pundi sengat. Guna tali tornikuet untuk mengikat bahagian tangan atau kaki di atas tapak sengatan. Ikatan ini akan menperlahankan sebaran sengat ke bahagian lain tubuh.

Basuh kawasan sengatan dengan sabun dan air dan letakkan ais ke atas tapak sengatan untuk mengurangkan bengkak. Hadkan pergerakan kaki atau tangan yang mengalami sengatan. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segara.

Sumber: Oleh Prof. Mohamed Isa Abd. Majid Pusat Racun Negara

Di sini pula saya senaraikan 10 serangga yang paling bahaya di dunia untuk kita ambil tahu ..

10.Fire Ants. SEMUT APIIII ...fire ant menyebabkan paling banyak gigitan dan kematian di antara jenis semut lainnya..sekitar 20 kematian di dunia. sengatan nya menyebabkan kita merasa seperti kena bakar,pembengkakan yg sakit,dan boleh mati jika ada reaksi alergi







9. killerbee North America, South America Killerbee menyebabkan serangga yg paling banyak membunuh nombor 2.(nombor 1 nya nyamuk).Sekitar 600 kematian pertahun di dunia.Jika di USA nya sendiri,100 org mati.Lebah paling AGRESIF, jika di sengat,terjadi pembengkakan yg sakit,boleh menyebabakan kematian karena reaksi alergi,dan mungkin sesak nafas. North America


8.Yellowjacket Tawon paling AGRESIF.Menyebabkan kasus gigitan paling banyak di antara tawon. Jika di sengat menyebabkan,kemerah-merahan,gatal-gatal,pembengkakan di kulit yg menyakitkan,boleh menyebabkan kematian karena reaksi alergi.









7. centipede South America Kelabang paling berbisa diantara species kelabang yg lain. jika di sengat,bisa gatal-gatal,pembengkak-an dan reaksi alergi,gagal ginjal ,perhentian jantung juga boleh meragut nyawa.










6.Western Honeybee Lebah paling BERBISA,tapi kurang agresif dan jarang menyeran di bandingkan dengan Africanized Honeybee (killerbee) jika di sengat :Gatal-gatal,bengkak,kemerah-merahan,mati jika ada reaksi alergi




5. Paper Wasp Tawon paling BERBISA dan menyebabkan kematian paling banyak di antara tawon yang lain.Sekitar 30 kematian di dunia. Jika di sengat:Kemerah-merahan,gatel-gatel,bengkak, juga kena diare,panas,kejang-kejang,gagal ginjal.Boleh menyebabkan kematian jika alergi.









4.Giant Japanese Hornet Serangga bersayap paling BERBISA.Menyuntikkan racun paling banyak dalam satu sengat-an. Jika di sengat:Pembengkakan yg luar biasa sakitnya di kulit dan boleh nge-Dissolve kulit manusia.menyebabkan kematian karena reaksi alergi.Karena kesan racun, menyebabkan kegagalan pernapasan.








3. Red Harvester salah satu semut paling BERBISA!tapi kurang agresif dibandingkan Fire Ants.Hanya pernah di temukan di USA Jika di sengat terjadi pembengkaan yang sangat sakit di kulit. Boleh mati karena reaksi alergi.

2.Lonomia Caterpillar Ulat paling BERBISA di dunia!!Dan serangga paling BERBISA di dunia nomor 2!!! Jika di Sengat:Gatal gatal jika di pegang,pembengkak-an yang menyakitkan,muntah-muntah dan demam.Boleh menyebabkan pendarahan termasuk pendarahan otak dan gagal ginjal.Boleh menyebabkan kematian karena Pendarahan yg besar!!!

1.Yellow Harvester Ant nama lainnya adalah Maricopa Harvester Ant.,kecil seperti tak berbahaya.
Tapi ini serangga paling BERBISA! Dengan test LD50 nya yg paling rendah! hanya di temukan di Arizona dan USA Jika di gigit:Pembengka-kan yang sangat sakit.Boleh menyebabkan kematian jika ada reaksi alergi.1 sengat-an bisaboleh membunuh tikus dengan berat 2 KG bila anak d i gigit serangga cepat bawa ke hospital.. binatang berbisa ada yang boleh membawa maut dalam masa beberapa minit!

Harap info saya kali ini akan memberi manfaat pada semua.

3 comments:

Dr Akbar Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Dr Akbar Abdullah said...


Sengatan lebah dan haiwan berbisa memang boleh menyebabkan tindakbalas alahan dan anafilaksis iaitu tekanan darah menjadi rendah, sesak nafas, pening kepala, palpitasi dan koma. Oleh itu, bagi mereka yang disengat lebah dengan banyak atau pernah mempunyai sejarah alahan seperti lelah, sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.

serihati said...

terima kasih doktor..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat