Followers

nuffnang

Wednesday, October 6, 2010

Cara Islam menyambut kelahiran bayi- part 2

selepas beri nama gyang keempat:
4. Bercukur Dan sedekah .
Dari Ibnu Abbas r.a Bahawa Rasulullah s.a.w mengaqikahkan seekor kambing utk cucunya dan berseru"wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dgn perak kepada orang orang miskin seberat timbangan (rambut)nya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebilangan dirham" - maksud hadis riwayat Tirmizi
caranya;
a. cukur keseluruhan rambut anak yg baru lahir. Timbang rambut yang telah di cukur
b. dapatkan nilai perak seberat rambut yg di timbang.
c. sedekahlah wang tunai seperti nilai yg di perolehi dari timbangan rambut tersebut.
d. amalan ini untuk setiap bayi lelaki atau perempuan
Larangan

jangan melakukan qazak iaitu mencukur sebahagain tertentu sahaja. Dari Abdullah bin Umar r.a, bahawasanya dia berkata " Nabi S.A.W telah melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil dan meninggalkan sebahagian lain, iaitu Qazak" hadis Riwayat bukhari dan Muslim

5. Khitan
Oleh Abu Hurairah r.a katanya: telah bersabda Rasullullah S.A.W 'fitrah itu lima , iaitu khitan, memotong bulu di kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak" - maksud hadis Riwayat Bukhari dan muslim. Hukum Khitan bagi lelaki :
a. Imam Shafi'e , Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat ianya wajib dan Imam Abu Hanifah menyatakan Sunat.
Hukum Khitan bagi perempuan: Para Fuqaha dan iamm mujtahid sepakat menyatakan bahawa khitan itu sunat untuk wanita dan tidak wajib. hanya Imam Ahmad mengatakan ia wajib untuk lelaki dan wanita.
Pengertian Khitan
-dalam istilah Syarak, memotong kulit yg mengelilingi kepala zakar di bawah hasyafah.
Hikmah berkhitan: untuk memastikan kebersihan dan kesucian terjamin semasa melakukan ibadah.
menghindarkan bahaya penyakit

6.0Aqiqah
Hukum Aqiqah adalah sunnat muakkad iaitu sangat di galakan bagi mereka yg berkemampuan. melaksanakan aqiqah adalah tanggungjawab ibubapa atau penjga anak tersebut.
waktu akikah bila bila masa tanpa batasan . Sunat melakukannnya pada hari ke 7, 14 dan 21 hari usia bayi.
syarat2 aqiqah:
syarat binatang sama seperti korban.
Aqiqah untuk anak lelaki 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
jika tidak mampu boleh buat satu bahagain utk anak lelaki dan sebahagian lagi bila mampu kemudian hari.
sunat sedekah kan daging aqiqah yg sudah di masak. seeloknya tulang binatang tidak di patahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.
hikmah aqiqah
a. sebagai fidyah(tebusan) utk menebus diri anak dari segala bencana, sbgmana Allah menebus nabi Ismail dgn qibasy.
b. Sebagai tanda gembira dan shukur atas kurniaan anak
c. mengukuhkan ikatan keluarga dan masyarakat
d. untuk ganjaran d sisi Allah.
Itu saja untuk hari ini.... buat teman yg ada baby baru..yani .. norleyy....ani.. tak lupa to my cute and handsome followers..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat