Followers

nuffnang

Wednesday, November 17, 2010

pengalamanku melahirkan bayi normal

Pengalaman sendiri melahirkan anak secara normal
alhamdulillah segalanya di permudahkan.
.

4 May 2009 Hari ni dah 39hari aku dalam pantang…. Emm dah nak habis masa pantang. Arggghh 25 may aku dah kena pi keje. Rasa cam kejap je masa aku dgn anak.tup tup dah hamper 2 bulan.. means.. 2 bulan jugak aku tak menulis kt blog aku ni… Ok la .. cite skit pasal pengalaman bersalin …

 sehari sebelum malahirkan’09 ,
 
aku mcm biasa pi cek kt KPMC. Macam biasa jugak doctor Kamsuria cek aku. Lepas scan semua, dia cek bukaan ‘besok boleh buat induce. Dah buka 3 cm.ok tak?’ Tanya Dr kam. Aku dgn suami ok je. lagi pun dah due…dan jln pun dah buka. Balik umah aku mcm biasa la..packing beg.. beg yg nak bw balik kg..nk bawa hospital dan apa apa keperluan yg difikirkan perlu… kalau swasta, bw baju nak balik jee yg lain dah ada kot.. tu kata mereka la..included baby punya equipment. Malam tu.. suami ajak solat jemaah.. isha’ terus je buat solat hajat.. baca yassin skit. Air yassin tu aku bw bekal pi hospital skali. Suami aku kata dia ampunkan segala dosa aku dan doakan aku selamat dan mudah melahirkan anak kami… tetapi apapun yg bkal terjadi dia redha. Sedih la pulak aku ni… sat lagi aku nangis lak….

Esoknyeee Tak lupa aku makan minyak selusuh yg ayah aku bagi… org kampung aku kalau anak nak bersalin mesti cari ayah aku for minyak selusuh.. so now giliran aku lak…. Aku dah start makan minyak tu masa usia kandungan aku lapan bulan lagikk. tu pesan ayah aku leeee… sekali dgn pantang larangnyeee…tak leh menjahit… memaku dan lain lain tuhhh.. nasib baik baby punya sarung tilam dgn bantal aku dah buat b4 bapa aku tak kasi..hehee…katanya start 8 bulan dah tak boleh buat tu semua.. Emm lagi satu pesan yani (office mate aku) katanya b4 pi hospital tu..jgn lupa telan telur separuh masak.. 3 , 4 biji..nanti dah masuk labour room tak de tenaga lak… kalau nak bedah pun okk..jgn makan makanan berat lak..lambat hadam.. soo aku pun makan lee 4 biji telur half boil. Sampai KPMC dalam pukul 8 pagi kot… suami aku hantar. Dia ambik emergency katanya. Aku nak suami ada kat sebelah aku masa aku deliver baby.. apapun aku nak dia.. org lain tak perlu… Sebab tu… masa aku masuk wad…pagi tu… both family aku tak kasi tau… so memandai la 2 ekor nii pi hospital… nk buat surprise la konon kat mak ayah… hehe heee Aku sampai KPMC Puchong, terus je pi kaunter… pas tuh terus pi wad.

Aku ambil single room..senang suami aku aku temankan… first tukar baju hospital, warna purple… pas tu masuk ubat berak macam yg kengkawan aku yg berpengalaman cerita aaa… siap tu semua aku pindah ke labour room.. nurse dtg cek darah ,,bukaan pas tu pasang air kat tangan… kata mereka sat lagi air tu akan ditukar pada ubat utk induce..dan tunggu la doctor Kamsuria dtg… tup tup dah pukul 9.30 pagi.. lepas tu doctor dtg dan cek bukaan.. Katanya dah 4 cm buka, so dia pecahkan air ketuban . tak sakit pun… so suami aku pun tunggu aku kat labour room tuu. Nurse pesan ada apa apa panggil mereka.. tekan je loceng sebelah aku tu… Aku Tanya balik… ‘apa apa tu apa?’ ‘ apa paa tu macam nak air ke… nak epidural ke.. nak injection ke..even nak tukar lapik kalau air ketuban kuar banyak pun boleh panggil…’ Aku pun nganguk je laa ..macam tu yek?

 Aku terus je sembang dgn suami aku… aku tau kalau anak pertama selalunyee 8 hours baru lahir baby..so means that… kalau pukul sepuluh.. bermakna dlm pukul 6 ptg baru baby kuar.. huk..huk.. lambatnyeeee. Aku suruh suami pi minum dulu. Lagipun dia tak sarapan lagi. Aku sempat minta ubat gastric lagi.kt nurse..aku tak tahan betull.. sejak aku ngandung ni aku memang gastric sampai masa nak deliver pun aku minta ubat gastric. Iesshh anak aku niii…. Nurse dtg balik pukul 11pagi Tanya .. ‘kak ada rasa sakit tak..macam sakit kat sekitar pinggang sampai ke bahagian belakang..?’ ‘takde rasa apapun… Cuma tolong tukar lapik..air ketuban kuar banyak..rasa dah basah sangat..’ Eksyen la konon..tapi aku tau jap lagi mesti rasa sakit punya..mana ada bersalin tak rasa sakit. Suami aku sentiasa ada kat sebelah..siap sembang kosong . pastu mintak dia ambik majalah..tapi payah lak nak baca sebab tangan ada ubat (macam masuk air tu..) bila salah letak tangan je, air tak masuk mesin tu bunyi ..nurse dtg betulkan.. susah betul laaaa

Tak lupa minta suami bagi ubat salindah B6. So 15 minit sekali satu pil aku kemam..tapi jst nice je,.. abis satu pil ngam ngam 15 minit.. so sentiasa la ada ubat tu dlm mulut aku. Nak juga aku tgk..mujarab ke salindah ni… katanay buka tak sakit..sakit je terus nak bersalin…. Kejap jee..so aku pun harap la..jgn sampai lapan jam.. teringat kawan sampai 15 jam dlm labour room..takmo la macam tuuu

 Kira kira pukul 12 tengahari tuu…Tetiba sakit datang. Aku duk tunggu sakit yang setengah jam sekali..lepas tu 15 minit sekali ke… tapi ni tidak..terus terus jee 5 minit sekali… fuh..sakit betul.. nurse dtg aku dah sakit.. mereka tanya nak epidural tak? Tapi aku menolak..kononnya boleh tahan lagi…aku teguk air yassin yg aku bawa tuu… mcm boleh tahan jeee. tarik nfas panjang panjang…lepas.. boleh realese skit sakit tuhhh. Kata nurse tu laa tp aku rasa sakit tetap sakit loooo Suami aku, aku dah suruh duk sebelah aku. Bila sakit tu dtg aku genggam tangan dia erat erat… kira kira pukul satu aku dah tak tahan lagi..sakit yg aku tak tahu nak buat pe… lutut aku ketar…tangan aku tak tau nak letak mana… nurse suruh tarik nafas..aku rasa dah penuh perut aku ni makan angin..asik tarik nafas panjang jeee… ku letak tangan kt muka..tak tau cm mana nak cerita… rasa mcm nk cakar je muka aku sendiri… aku ckp dgn suami mintak ubat tahan sakit… bila nurse tu mereka cek bukaan… still 4 cm lg. nurse tu kat pas ni rasa sakit tu akan lebih keras lagi… aku tgk jam pukul satu…fuhh kalau mcm ni mana la aku larat nak tahan sampai 8 jam? so aku kata tak tahan…nk epidural la… kan baik kalau tk rasa sakit? Dr Kam dtg jengok aku… katanya bagusla aku nk ambik epidural…dia pun boleh tambah doss untuk cepat bersalin. Dia tgk aku dah berpeluh…dia lapkan muka aku dgn tisu…. Hu huh huh prihatin betul Dr tu. Pesal la lambat sgt epidural nih… aku dah tak tahan lagi… epidural Dr Nadirah (aku ingt lupa aaa)dtg pukul 1.30 ptg.

Dia pun mulakan tugasnyaa. Punya la payah nak inject belakang aku…apa taknya aku tgh bertarung dgn contraction 5 minit sekali… bila dia nak inject jee aku sakit contraction so..aku tak boleh nak beri perhatian pd instruction dia… adohh dia cucuk aku rasa sakit macam menarik sampai ke hujung kaki..aku dgr dia org cakap bleading… darah kuar la tu kat belakang aku… aku cuba minta dia orag buat time contraction tu tak de.. last last siapla jugak…. Walaupun lambat.. siap pang epidural jam 1.50 ptg… lama gak. Tapi aku tahu mmg tak sakit nak letak epidural..tapi kedudukan dan keadaan aku yg tgh tahan sakit contaction tu buat aku rasa nak masuk epidural tu sakit. Lepas pasang epidural tu..aku ingat ilang lee sekurang kurangnyee 80% sakit tuh… tapi… ko tau tak? Aku rasa sakit makin kuat! Tak kurang pun… aku berpelun peluh..ketar tgn kaki menahan sakit. Dr nadirah masih ada kat sebelah aku… aku Tanya dia epidural dah jln ke belum? Dia Nampak pelik.. sepatutnya aku dah tak rasa sakit..paling takpun aku rasa skit kurang. Tapi aku rasa sebaliknya… sakittt sangat…..doktor..tak kurang pun…. Suami aku terus ka sebelah usap aku.. aku tak kasi dia pi tempat lain… Dr nadirah pi cek semuaaa dia kata epidural ok, function..tp pesal aku masih sakit lg? malah rasa tambah kuat? Dr Nadirah ambik glove cek bukaan…. Ada darah katanya.. dia cek bukaaan… emm dah buka penuh ni.. 10 cm ‘ panggil Dr.Kam ‘ dia beri arahan pd nurse bertugas.

Aku lak terus Menahan sakit.. nurse dah siap sedia… suami aku duk belakang sampai usap asap dahi aku… Dr kam dtg suruh aku teran dan ajar cara teran.. walaupun aku guna epidural..aku rasa tak berbaloi sbb aku rasa sakit yg amat.. nurse sebelah aku menenangkan aku..katanya bertuah aku rasa sakit..sbb aku tahu bila aku nak teran.. kalau org yg tak rasa sakit mereka tak tahu cara nak teran… Dr.kam ajar aku cara teran..aku cuba dua kali Dr kata skit lagii dah nampak kepala… kali ketiga nurse toklong angkat kaki aku atas skit… dan aku push… dan aku dengar suara baby menangis.. fuuhh anak aku dah kuar..! ilang terus rasa sakit. meneran si kecil tu kuar.. doktor kata skit jeee..dah nampak kepala dah... Tup tap tup tap baby aku selamat di lahirkan... Dr Kam terus angkat letak atas perut aku… aku usap baby aku..comelnyaa muka ikut muka ayah dia… ahh aku dah jadi mak… rupanya. Sayang sangat kat baby tu.

Suami aku masih ngusap kepala aku… aku dpt baby boy… kuat betul dia nagis… dah siap potong tali pusat nurse bawa kuar utuk bersihkan… suami aku ikut sekali..tinggal la aku dgn few nurse dan Dr.kam yang kemudiannya meneruskan kerja yg perlu… katanya tdi baby aku tersangkut skit kat bahu sbb tu nurse terpaksa angkat aku kaki skit utk push… emm aku paham tu..tu yg jd babby patah bahu semua ..aku ada tgk 3d punya scenario bersalin mcm tu… it’s ok . yg penting aku dah selamat.

 Dr kata kalau bersalin lain kali if baby more than 3kg better terus je bedah. Risiko katanya.. Aku sempat pesan kat nurse baby tu bagi aku sbb aku nak kasi susu badan..takmo susu formula… Dr Kam terus menjahit aku..katanya dia ada buat episotomi.. bila ntah..aku tak perasan..tapi biarla dia teruskan kerjanya… uri dah dikeluarkan..Dr kam terus keluarkan darah beku dan periksa uri dah kuar complete. Aku di suruh push macam nak kuarkan baby tadi. Masa proses menjahit aku rasa sakit…

Dr.kam suruh aku tarik nafas panjang bila rasa sakit..ntah la.. aku tarik nafas banyak kali..sampai aku rasa perut aku boleh kembong… dr tadi asik tarik nafas… paling perit bila DR jahit bahagia kulit.. katanya memang agak perit skit…. Bila dah siap DR minta diri untuk pergi. Aku asih kat labour room. Suami aku masuk..sembang dgn dia jap.. dia kata aku lahirkan seorang anak ni… cukup la.. dia tak tahan tgk aku menahan sakit.. tak lama kemudian nurse dtg bw baby aku untuk nyusu… aku susukan dia,… first time..comel betul.. apa tak nya berta dia 3.4kg. cubby habis.. aku lak baru la nakl send sms kat boss office mate dan family aku..saja buat surprise.. heheeheee. Suami aku lak tugas dia azankan lah baby tuuu… so ni la saaat sejarah kelahiran anak sulung aku Mohd Jefry Zarif bin Abdul Faizal

Petang skit aku nak di pindahkan ke wad.. ingat kan aku dah ok . sbb td aku tak pe pe pun.. bila aku turub je dari katil kat labour room aku terus terkulai layu… dok atas kerusi roda aku dah rasa mcm nak pitam..sayup sayup aku dgr suami aku panggil aku.. ahh aku betul betul tak larat. Rasa letih yg teramat dan macam gelap gelap nk pitam cam tuuuu… Nurse terus dtg cek darah dan apa lagi ntah… aku pula masih lembik mcm jeli… duk atas katil aku rasa letih yg amat.. fuhh berslin rasa mcm nii yek?

 Jap lepas tu mereka anta makanan. Aku lapar sangt hentam je la.. ni boleh makan ke? Org lepas bersalin? Menu nya.. buah epal..ikan masak kicap dgn sayur…Aku hentam jeee laparr sangat. Malam ni mak mkertua aku dtg. Tgk cucu dia. Tak ketinggalan boss aku En Sharbani..dtg bawak hamper lagi. Tq boss. Memalam ni aku kalau boleh nak je baby aku tido dgn aku..tapi napa la dia asik nagis jeee. Yang aku pelik sgt napa la dia nagis kuat sgt..macam sakit… bagi susu diam jap lagi letak kat dlm tempat baby dia nagis balik. Agaknya dia nak mak dia pegang je koottt.

esoknyee... dua hari selepas kelahiran

 Hari ni pepagi lagi aku dah tunggu doctor. Ye laaa aku nak balik raub terus.. kalau boleh kuar ari ni. Baby pun sihat, takde masalah… aku tengok suami aku tido kat lantai kat katil aku..sian dia… mesti dia sayang aku sangat.tersentuh sgt hati aku. I love you dear…. Aku mandi dan suami aku tolong.. mandi air suam… tukar baju semua… banyak darah jatuh rata rata.. tp aku rasa lemah lagii. Adik aku siap pesan nanti kalau balik naik kete sampai Pahang ko duk elok elok… kalau jahitan ter buka nurse kat kampong aku akan jahit semula..sakit tau…. Ye ke? Seram aku dgr. hari ni hari paling sibuk utk suami aku... aku lak tak larat buat pep e. aku pun tak berani takut terpengsan nanti susah.

 Doktor kam dtg lebih kurang jam 10 kot..dia cek aku dan jahitan sekali..dia kata boleh balik. Tapi nurse kata tunggu pakar kanak kanak dtg dulu cek baby sebelum dibenarkan pulang.. tak lama lepas tu seorg Dr Loh C Khai dtg(pakar kanak kanak..) aku pun tanya.. kenapa anak aku nagis kuat sangat dia ada apa apa sakit ke? Dr cakap anak aku sihat dan tak sakit pe pun…. Cuma carater dia mcm tuu..ada budak yg nagis banyak ada yg diam dan mcm mcm lai..tapi anak aku sihat..so..tenangla skit hati aku..dgr semua nii. Baby aku boleh kuar tapi nurse kata kena cucuk bgc dulu. Ok la.. aku mesti dgr anak aku melalak jap lagii..suka benar dia nagis..aku cukup kenal suara dia… tukar lampin ke… mandi ke … mesti dia nagis kuat sampai dhr kat wad aku… Pepagi aku dapat sarapan beehon goring dan kopi.. alamak mana la aku boleh makan.

Aku alah kopi dan Nescafe sejak dulu lagi.. beehon lak aku tgk kaya dgn minyak dah cili….Aku suruh suami makan. Aku suruh dia pi beli capati utk aku makan.. takmo la aku makan benda tu semua… so aku makan la sarapan capati kosong tanpa kuah .. kira ok la… mak aku kata aku boleh minum milo..so aku suruh suami beli milo sekali… Tak lama pas tuu aku dgr anak aku nangis..aku pun tau la kena cucuk la tu.. suara dia aku cukup kenal… aku kasi baju baby yg aku beli untuk tukarkan baju baby hospital punya. Nurse tu pun tukarkan untuk baby aku. Katanya kalau nak balik depa tolong anta baby sampai kat kereta. Siap je cucuk..aku ambik baby.. la dia buang air besar lak… so tunggu la nurse tukar pampers japp.. lepas tu depa bw baby tolong anta kat kereta.

 KOS BERSALIN? Apa pun aku tak risau sgt pasal kos… yg aku risau pasal org yg kerja nak sambut baby aku..doktornya dan layanannnya. Masa aku nak pi masuk labour room aku siap Tanya ada lelaki tak? Nurse tu cakap jgn risau kat sini semua pompuan dr doctor sam[pai la staff. So aku tak le pakai tudung… aku lak selesa dgn doctor Kam. So sbb tu la aku pilih hospital ni ..walupun tak glamer mana. Lagipun company cover kos bersalin normal Rm3,000. Kalu ceaser Rm6,000. Kira ok la tuu… Kos rawatan kat sini pun berpatutan. Aku kena 2560 jee. Aku ambik single room dan pakej rm1500.00 tambah tu dan ini jadila total 2260 tuu. Tp kat hospital ni basic je ada.. ‘ kalau nak mewah mewah tak yah la pi sini…’ ayat dr KAM. Betul gak ayat tuu… sbb memang tak mewah.. biasa la, single room yg tak sebesar mana ada tv dan single bilik air yg tak sebesar mana. Tp teori aku kira ok laaa, teorinya..bila sakit semua yg mewah tu tak bermakna. Aku Cuma belaja satu benda.. once you sakitt yg kita tau nak rehat dan tak kuasa nak tgk tv semua..dpt rehat tido dan bilik air dekat sudah memadai.. lagipun aku duk wad 2 hari satu mlm jeee . apala sgt aku nak buat?

CERITA PASAL PANTANG

Balik kampong macam biasa laa.. mak aku dah sediakan mandian herba. Katanya air serom. Nak banyak kan susu badan dan bagi badan segar. Untuk 5 jam pertama selepas melahirkan aku dah maakn hormopathy. Ok la tuu balik umah aku sekadar berpantang danmandi serom. Makan jamu atau air akaar kayu mak aku tak kasi..katanya sabar dulu..sbb kalau anak kena kuning memang akar kayu dan semua tuu akan terukkan keadaan sbb anak makan susu badan. Pada hari pertama aku sampai jururawaat masyarakat dr pej kesihatan dearah dtg melawat. Nurse cina nama low..dia kata aku ok jahiatan aku tak terbuka dan anak sihat.

 Samapi hari ke tujuh jururawat dtg.. last last dia suruh aku cek kuning anak ke hospital.. pi jugala… dlm ati mcm tak caya jeee anak akau kuning..tak Nampak mcm kuning pun.. bacaan hari pertama 10.8 serdehana la tuu. Esoknya aku kena pi cek lagi… nampaknya ayah aku aku y g hantar pi hospital kali nii. suami aku dah kena balik bertugas ..dah 4 hari dia cuti. Ye la masa ngandung aku dah memang tak makan jeruk kt kedai atau apa apa asam..memang aku tak suka… kawan aku kata asam tu semua factor yg akan sebabkab kuning pada baby. Lepas tu aku lak seminggu b4 bersalin dah telan RTD salindah ..utk tegah sakit kuning pada baby.

Esoknya aku pi..bacaan dah 8.3..so aku dibenarkan balik..baby ak tak kena kuning… Alhamdulillah takde la aku susah kena masuk wad. Bila dah settl epasal baby aku pun ok..takde darah tinggi..so aku start makan sedayu tinggi. Apa yg kelakar..aku tak set pun nak makan sedayu tinggi ni.. sbb aku nak makan akar kayu yang tradisi mak ayah aku buat. tapi adik aku yg kasi.. satu set tuu dia boleh kata tak sentuh langsung… sian dia beli satu set tapi sbb darah tinggi dan anak kuning dia tak makan. So aku la penyambung set tuu.lagi pun mak aku kata campur je dgn yg mak aku kasi.

Takde masalah. Tapi lagi satu benda kena fikir..bila anak nyusu badan,,makan pun kena jaga ..klau kita sakit perut..dia pn sakit gak nanti.. tgk anak ok so aku teruskan sedayu tinggi . sekalu dgn set untuk sapu pada badan dan barut… Bertungku memang la tak leh tinggal. Orang dtg berurut pun 5 hari je.. pastikan rahim dah kecut dan duk kat tempat sepatutnya. Ayah aku lebih keras jag apantang berbanding dgn mak aku… dia tak kasi mkn kalau aku tak siap tungku ..mandi dan barut… Berat badan? Fuh fuh fuhh..aku tak timbang lak..Cuma 30 hari lepas bersalin aku ke klinik kerajaan kat hometown aku..pi timbang baby dah 4.9 kg..patut la aku dukung rasa lenguh tangan ..aku lak..dah ke berat asal sebelaum aku ngandung. Nurse sibuk bagi pill perancang..aku ambik je la.. tapi yg past aku takmo makan. Aku takmo jd gemuk mcm org yg berpengalaaman menelan pil perancang tu… kalau tuhan nak kasi rezeki aku dapat anak lagi… umur aku dah berapa…

 Last sekali aku bertanggas.. proses tu sama la mcm sauna herba.. apa yg org tua aku letak aku pun tak tau..tp aku suka bau herba tu . wangi jeee… badan berpeluh dan sedap… tapi b4 hari aku dah stop… mak aku kata aku cepat panas badan… mlm aku tak boleh tidooo Satu lagi aku nak completekan rut dgn makwan kat bangi..tu kena balik kl dulu.

 BABY DAN PANTANG LARANG ORANG TUA TUA
Baby aku lahir…pertama yang jelas..rambutnya. rambut baby dah sampai tengkuk lebat dan hitam. Menutupi telinganya juga… lebat betul. Ikut rambut mak dgn ayah dia leee. Lepas cukur jambul.. 2 minggu jee dah macam sebulan bercukur. Nak jaga baby orang kata susah. Memang tu la ujian kat mak pabak.. bangun memalam buta dodoikan baby yg nagis dan susu dan lainlain yg tak pernah buat masa bujang.. ni..ada babay ko rasa la… tu la kata adik aku. Katanya lagi memula ni ko rasa takmo kasi org jaga bila ko dah tak larat ko terpikir kan bagus kalau ada org jaga jap.. boleh la berehat sat… kata adik aku, sbg pengalaman ibu kepada 3 org anak yg lasak gak. Anak aku lak..first week malam je nagis.. teruk..kuat dan macam sakit lak… pukul 2 pagi baru tido.

Aku lak tak biasa tido lewat ..tambah lak dgn badan yg tak bereapa stabil dan sakit belum reda..pening dan rasa letih betoi.. aku tak tau bila baby ok. Tapi semakin lama baby semakin kurang ragamnya… lepas tu semakin awal tidonyeee.alhamdulillah… ada org kata masa ngandung kalau maknya tido lewat..maka baby pun ikut.. yeke? Kalu camtu nampaknya baby aku pun tido aal laa.. sebb masa ngandung aku tido dlm pukul 9 atau 10 mlm… penat…. Pasal pantang larANG LAK…Emm banyak betul pantang larangnyee yek? Mak aku tak kasi org tengok baby dari atas kepala..katanya budak nanti nangis jeee lepas ti dlm tido ngigau.

Lampin lak tak boleh basuh atau rendam pd waktu senja. Kalau ada lampin yg belum kering b4 mlm anak akan nangis jee. Tempat tanam uri lak.. kena nyalakan api bila senja. Kalau sejuk nanti baby nangis jugak… Baby aku 4 hari tali pusat dah tertanggal.. nurse pun terkejut..cepat benar katanya. Ak u pun tak tahu..yg aku tahu dah tercabut.. leher dia pulak cepat matang ..hari ke3 dah boleh angkat kepala pandang kiri kanan walaupun aku pasti dia belum dpt lihat.

Cerita pasal pusat… kalau takmo anak kembong… letakkan sebiji lada hitam kat pusat.. insyallah baby tak kembong. Masa aku nak bawa baby balik Kl mak aku letak lada hitam dlm sepuluh biji kat lampin baby. Katanya supaya budak tk nangis.. lada itam tu ikat dgn getah kt penjuru lampin ..dan buat selimut supaya lampin tu sentiasa dgn bby. Alhamdulillah baby aku tak nagis . tido je siang dan malam. Mcm biasa. Rupa nya mak mertua aku punya pantang lagi teruk.. kalau mak aku lampin tak boleh basuh senja..tapi dia basuh pakai mesin pun tak leh… katanya spin tu akan buat bby sakit perut.. oppp selama ni aku pakai mesin… ok je pula… tp ikut je leee.

 11 May 2009. Ari ni anak aku dah tahu pandang org dan ikut pergerakan benda. Dah pandai mengeluarkan suara.. berkomunikasi dgn org yg bercakap dgn dia. Angkat kepala pandang kiri kanan , nak suruh bw jalan kuar umah. Badan lak gebu ..sedap dukung macam pelk span. Tido kat bawa ketiak aku… malam isap susu ibunya.. Emm cerita pasal susu. Kalau boleh kasi la susu badan sepanjang tempoh pantang..sbb lepas ni tak de can lagi. Bila nak hantar umah pengasuh cari la putting susu yg hamper sama dgn putting susu ibu.. tp awas..jika anda kasi susu botol..anda tak boleh umah putting susu anda mengikut spefikasi putting botol.

 Last last baby anda tak akan ngisap susu ibu. Lastnya anak mudah sakit kerana antibody lemah… kurang zat ..mudah kembong dll. Kita juga yg susah nak berjaga malam..sbb baby mana tau nak cakap dia sakit kat mana. Tapi di akui nak bagi susu ibu kena berkorban skit.. pertamanya waktu kita masih letih..sakit kerana jahitan kena lak duk bagi baby susu. Dah tu baby ni tak tau nak nyusu kenyang dan tido.. tapi selaluny a dia akan isap skit tido..lepas tu isap skit dan tido lagi.. so kena saba la.. but enjoy it..event tengha malam pun. Seandainya anak kita tak macam ni..alhamdulillah.. Masa ngandung aku memang harap anak sihat dan tak sakit..sbb dr anak anak adik aku..aku cukup faham susahnya nak jaga baby yg sakit dan merengik … so far alhamdullillah semua nya ok… mlm dia tido lama juga.. bolehla tido.. walaupun tak sebanyak masa takde baby dulu.

19 May 2009
Aku dah balik KL. Sampai je pi singgah umah mak mertua kt setapak. Ok la..nasib babay aku tak nagis.. esok lusa nak balik umah aku jap… ye la mak mertua aku pun nak main dgn cucu dia jugak… bln depan dia dah nk pi Sarawak umah abg ipar aku… masa aku menulis nii aku tgh kat umah mak mertua la… lepak jap sementara baby tido… lagipun nenek dia suka sgt jaga cucunyaaa.. Aku lak minggu depan dah nak mula keje.. dah lama jaga baby ..rasa mcm terus je nak duk umah dgn dia… dlm pada tu sempat juga aku call opis.. menaya hal ehwal stesen petronas dan kedai kedai aku.. close account..dan memacam lagi .. norley, omar dgn shahril… mesti sibuk masa aku tak de ni.. tp ok la.. sekurang kurangnya lain kali aku nak cuti senang..heheee.. jgn marah yeee. What ever pun aku respect mereka tak call aku banyak.. nak biar aku cuti betul betul..tanpa diganggu.

 Aku dgr bila aku takde.. boss asik kacau shahril jee.. suian diaaa. Kak rina lak… aku nk mkn ikan bakar la.. nanti kak rina bawa yee.. sedap betul rasanya..nk balas dendam..sbb masa pregnant dulu aku tak bleh nak telan ikan..eiii hanyir betul aku rasa sampai meremang tekak aku… kak rina tak saba nak tgk baby boy aku.. sian ka kina dgn Zana..nk baby boyy belum dpt lagi..takpe aku doakan korang pregnant dan dapat baby boy secepat mungkin. Anis parking lak suka benar call aku… ni pasal hospital lee. Tanya pasal bill, anak due mcm nee dan macam macam lagi… tak tau la aku masuk niii dia dah deliver ke belum… katanya babay girl .. nak ikut aku deliver kat KPMc.. bukan pee kat puchong tu hospital ada 2 jee.

Colombia atau KPMC… kalau nak ikut aku… no problemmm.. tp pelik la skit aku buat sejarah first staff bersalin kt KPMCpuchong.. tp aku tal nyesal sbb layanan bagus dan murah gak.. memang la company pay..tp sendiri mau ingat la.. 3000 utk normal dan 6000 utk ceaser. Kak rina kata kalau SJMC, normal pun 3800. So 800 sendiri bayar ma… tp bila aku survey KPMC, 1500- 2500 normal. Ceaser pun up to 4500 jee. Duit pun satu hall..tp selesa pun kena gak ambik tauu… lepas tu cari la sumber..mana la tau ada bad rekod kt hospital tuu. Apapun ikut suka la. Hospital mana ..kita yg pilih…

Apapun apa yg aku cerit abase on my exprience butt... it's depend on others mothers exprience. So jgn terpengaruh.............. heheeeheee Apapun..sbab pengalaman ni laa.. aku pengusaha tegar promote set salindah.. remidi RTD dan RTC untuk susu TQ salindah... sapa nak beli boleh klik kat iklan kedai aku tu... anakmaksayng.com .Kalau tak pun beli la dgn sesiapa pengedar salindah terdekat, yang pasti salindah.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat