Followers

nuffnang

Tuesday, June 19, 2012

bukan salah buai bayi



buai 1
 'Buai laju laju ..sampai balik sana..apa dalam baju sekuntum bunga cina...' banyak lagu mendodoikan bayi berkait rapat dengan cerita buai..atau baby swing ni. Rasa terbuka hati lak nak kongsi ciri ciri bai yang selamat dengan pembaca blog Ima.
Buai yang banyak membantu... kerana buai ada ibu yang dapat banyak rehat. anak tidur lena..
tapi kerana buai juga ada ibu yang fobia dengan cerita cerita seram berkenaan buai. bayi jatuh buai.. meninggal kerana buai biasa kita dengar.
Tapi kisah bayi yang membesar dari buaian tak heboh..sedangkan diri sendiri dari kecil mak selalu letak dalam buaian.. jangan kita lupa itu. Sebab bila taknak letak bayi kat buai kadang kala mak kita yang kecil hati.. katanya kita dulu membesar dari buai..napa cucu dia tak boleh letak dalam buai? ooo... susah nak jawab.
Bila bercakap pasal buai, sebenarnya kita sendri boleh menentukan ingin jadikan ia selamat atau tidak.
Kat sini berdasarkan pengalaman Ima nak kongsi tips keselamatan buai. Jangan jadikan buai satu masalah. satu bahana..jadikan dia tempat yang selamat dan selesa.
Tapi buat juga boleh jadi bahana kalau kita tak ambil kisah pasal keselamatannya.
kat sini nak cerita pasal keselamatan buai. tu dah siap ima tanda satu sampai 8. sebab kadangkala terlepas pandang. pada ibu yang masih percaya pada kuasa buai yang melenakan dan kekadang anak merenget nak di buai.. elok lah ambil perhatian skit pasal nombor yg ima tampal ni.
Lagi satu sapa punya gamba buai kat mudah .. Ima terpaksa pinjam gambar.. maaf yeee.

1. kat gambar Ima tanda no1, tempat ni ialah pertemuan pertana besi buai dan rangka buai. kalau boleh setiap kali nak letak anak cek la kawasan ini. Berdasarkan pengalaman diri sendiri. ceritanya begini... say adah letak elok besi berbentuk S tu dengan buai. masa letak anak tetiba tercabut dan semua buai jatuh kebawah. paling menakutkan alat buai outomatik jatuh atas anak. ceritanya begini, selepas saya pasang buai anak kecil Ima menarik narik buai tersebut. bila di tarik kekanan dan kiri. besi buai berbentuk S tu bergerak dr tempat asalnya menyebabkan ia terkeluar dan jatuh sebaik saja bayi di letak. Anak fobia naik buai lepas tu.
langkah yang Ima buat ialah ikat. tolong ikat semua interchange buai anda. iaitu yang bernombor 1, 2, 4 kat gambar pertama dan 1 dan 3 kat gambar kedua dan ketiga. sangat sangatlah penting. dibuat buai jatuh atas kepala anak bahana tu!

2. Perasan tak, Ima letak no 3 kat gambar pertama dan no2 kat gambar kedua dan ketiga. itu adalah ruang spring anda tegang. dimana spring menampung berat bayi. Kalau anda perasan, dan tengok betul betul dalam setiap gulungan spring tu ada tali yang di letak oleh penhgilang spring. Adakah anda tahu bahawa spring tersebut boleh putus!
Oleh kerana ini tolong ikut gambar yang Ima letak untuk spring comel flower kuning tu. pastikan ada tali diikat kemas di no 1 dan no2. jadi bila spring putus ruang do no2 akan hold buai. So baby tak terus jatuh ke lantai! ini terjadi kerana pertama spring tu purus/patah. kedua sebab tali yg dlm spring tu tak boleh hold jadi terus je jatuh.
Kes ni terjadi pada cucu seorang nenek. bila datang umah dia tengok Ima tak ikat tali dia terus membebel. katanya seorang cucu dia jatuh sebab spring cukup la..
nanti cacat di sebab kecuaian kan susah. so sejak ari tu memang Ima kan pastika ada tali tu.. kalau nampak tali tu dah nak purus..beli la tali baru dan kukuh. ikat ruang antara spring tu.. tapi pandai la budget jangan sampai buai tu tak boleh move. tali tu kena la panjang sampai spring tahap spring tu selesa tertarik kebawah.

buai 2
3. Tempat adjust tinggi rendah buai. Kalau gambar buai satu Ima tanda no 5 dan buai jenis dua Ima tanda no 4. Itu adalah tempat penyambungan nak adjust tunggu rendah buai. Tempat ni mak mak.. sila pastikan ketat seketat ketatnya. sebab ada anak anak kita yang dah usia sekolah suka main benda ni. bila mereka nakal dan longgarkan benda ni..maka dengan senang kemalangan berlaku.

4. Tiang buai. kat sini Ima nak bagi pandangan pada sesiapa yang nak beli buai. Jika anda rasa bayi anak montel.. belilah buai 1. jika bayi anda ok je.. buai 2 pun ok. ini kerana dari segi keseimbangan buai jenis 1 lebih selamat. Ima sendiri telah beli 2 set buai jenis kedua. tapi semuanya patah sbb anak besar skit dan pernah terbalik. tapi kedua dua buai tu Ima buang sebab beli kali pertama, besi dekat penyambung bertanda 4 patah. buai jatuh ..nasib tak kena anak .. beli kali kedua .. Ima cari besi yang lebih mahal.. mungkin sebab tak kualiti (itulah yang Ima fikir) buai patah kat tempat bertanda 5. dan akhirnya Ima tahu buai design 1 ialah terbaik sebab tak pernah patah kat tiang lagi. Namun itu bukan lah beerti 100% seimbang. sebab pernah dua kali tumbang. sebab anak lekatkan kaki kat buai dan keseimbangan dia tergugat dan tumbang. tp baby dah kita dukung buai tu je yang jatuh. fuhh .. aku memang takut!

 5.kain buai... ini bab kena juga kita tengok.. kat buai pertama Ima tanda kain buai sebagai no 6. kain buai selalunya ada penghalang atau tiada .. macam kain sarung takde penghalang. kain yg beli kat kedai ada penghalang bahagian kepala. Ima rasa ini penting.. anak sedara kawan ima... Ceritanya menyedihkan. anak dah tidur dalam buai... di tinggal macam biasa utk memasak.. dan bila kembali anaknya telah meninggal ..biru..tak bernyawa. budak tu tergantung..lemas. kerana cuba keluar dari buaian sendri. kerana masih pendek kakinya tak jejak lantai.. kepalanya tersangkut pada kain buai. bila dia cuba jejak kaki kelantai buai perpusing dan tercekik lalu meninggal. memang sedih... tapi apa nak buat dlm report polis tertera sebab kematian atas kecuaian ibu.. sedihkan? Mungkin buainya tanpa  penghalang. kalau boleh lock je bayi dalam tu... kat sini ada dua benda kita kena perhatikan. pertama pastikan ada kain penghalang untuk elak anak jatuh melonjak dari buai. kedua pastikan buai tidak terlalu tinggi dan kalau apapun terjadi sama ada jatuh atau anak cuba nak kuar..kakinya boleh jejak ke lantai.

6. lihat bahagian bawah buai.. jangan lupa letakkan tilam yang agak tebal kat bahagian bawah buai.. kalau anak terjatuh ada ciri .keselamatan pada buai anda. ni penyelamat untuk elakan anak kita cedera  teruk.  

Tips lain.. pastikan setiap tempat penyambungan ketat dan sepurna..tiada kompromise utk keselamatan anak anda. lantai rata..
mungkin ada kisah lain atau benda lain yang Ima terlepas pandang boleh kita kongsi bersama. tambah tambah kat komen tu.. sebab buai mcm dah jadi budaya.. tapi pasal keselamatan kita jgn ambil mudah.

4 comments:

bedak said...

tak sengaja klik ke sini.tp tq for info dan pengalaman yg dikongsi.baru beli buaian jenis 1 tu dari kawan.mudahlah bila dah ada info yg mcm ni.terima kasih.

serihati said...

sesama... sekadar berhati hati sbb ada sebilngan anak yg memg takkan tidur kalau tak masuk buai... elakkan kemalangan.

syazwanisa said...

thnks utk info yg berguna...minta share di fb ya....

serihati said...

for Pesona jiwa lara.. welcome. please visit next time..:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat