Followers

nuffnang

Sunday, June 3, 2012

CERITA PASAL PUTING

Salam semua..
sibuk sibuk jual beli di anakmaksayang.com.. terlepas banyak benda nak kongsi dengan semua.
Ramai pembeli yang menelefon bertanyakan puting susu. macam macam masalah yang berpunca dari puting susu. Kalau boleh semua ibu nak nyusukan anak. Tapi memandangkan zaman ini ramai ibu bekerja.. jadi ramai ibu yang terpaksa selang seli antara susu ibu dan susu botol atau susu yang di perah untuk anak.
Ima sendiri pernah melaluinya.
Antara banyak banyak masalah.. masalah 2 ni yang paling memeningkan kepala.
1. Anak yang dah biasa dengan nenen ibu akan reject puting susu tiruan
2. Anak yang dah biasa puting tiruan akan reject puting ibu


sebab nak bagi anak biasa dgn puting tiruan, bagi puting tiruan awal awal,.. akibatnya anak jadi keliru puting... tapi kalau bagi lambat puting tiruan..baby dah menolak puting tiruan... so macammana bila waktu ibu terpaksa bekerja? susahnya...

sebenarnya bagi mereka yang bayinya boleh terima..alhamdulillah..takde masalah ini. Tapi saya sendiri melaluinya. Dimana anak saya tak mahu puting saya selepas mendapat puting tiruan.. sbb puting saya kecil dan pendek..puting tiruan lebih perfect, dia puas dgn puting tiruan.. sebab saya nak juga anak minum air susu ibu.. akhirnya saya jadi pemerah susu tegar bagi mencukupkan susu ibu yang di letak dalam botol. tanpa anak saya mengisap direct.. pelik tapi benar.
ada yang meyalahkan saya bagi puting tiruan terlalu awal.. tapi masalah kengkawan saya ialah baby reject puting tiruan sbb lebih suka direct feeding.. ohh mana salahnya?

Dan saya dapat tips ini..yang mungkin berguna untuk semua, sekadar tips yang mungkin boleh membantu:
1. Jangan bagi anak puting tiruan terlalu awal
2. Cari puting tiruan yang hampir sama dengan puting anda
3. Cuba elakkan anak terlalu kerap menyusu dengan puting tiruan.
4. cuba bagi orang lain yang susukan bagi dgn puting tiruan
5. biasakan anak susu direct feeding dengan ibu  dan puting tiruan dgn orang lain
6. jangan malas bagi anak direct feeding... nanti dia dah jatuh cinta dengn puting tiruan anda merana....
 itu je nota ari ni...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat