Followers

nuffnang

Wednesday, February 6, 2013

Ohhtidak! kulit perutku ketika hamil

Perut makin besar dan mcam macam terjadi pada perut kite ketika mengandung. Melihat perut masa hamil kadangkala kita jadi takut... alamak macam mana ni?

Ada juga yang kata penggunaan krim yang tepat masa hamil akan mengelakkan anda dari mengalami strech marks semasa hamil. Strech marks ni pulak bukan sekadar di perut, ada yang melarat sampai ke paha. Malah datang dalam satu set dengan raa gatal, walaupun tak berapa ketara, sungguh tak selesa rasanya.
 Macam macam produk di pasaran ada untuk elak strech marks ni. sekiranya anda rasa gatal pada regangan perut cukuplah di usap sampai hilang rasa gatal. Sapukan minyak bayi atau minyak zaitun pada perut untuk menjaga kelembapannya. Jangan biar perut anda kering.

Tapi tahukah anda sehingga sekarang krim hanya mampu mengurangkan garis garis yang muncul serta mengurangkan rasa gatal yang datang bersamanya.Dan tahukah anda strech marks lebih dipengaruhi oleh faktor gen.

Sekiranya anda membawa gen yang megalami strech marks di tambah dengan berat badan yang meningkat cepat ketik ahamil, krim apapun yang digunakan tidak memberi banyak kesan.

Kebanyakan orang berduit menghilangkan garis garis yang tidak di kehendaki selepas melahirkan dengan rawatan lesar namun tindakan ini belum tentu dapat menyelesaikan masalah ini sepenuhnya. Ini kerana ia bergantung pada berapa teruk pecahan kulit yang anda alami.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat