Oleh itu penting untuk anda mengambil tambahan asid folik sebelum hamil atau anda merancang untuk hamil dan sepanjang tempoh kehamilan. Wanita yang mengambil tambahan asid folik 2-3 bulan sebelum hamil pada peringkat awal kehamilan dapat mengurangkan risiko melahirkan bayi cacat otak.
Semasa kehamilan folic adalah penting untuk perkembangan sel darah merah dan keperluannya meningkat secara mendadak kerana pertumbuhan tisu dan pembentukan darah rancak berlaku pada ibu dan bayi.
Menurut diet Amerika Syarikat jika anda hamil anda memerlukan 50% lebih asid folik dari wanita tidak hamil. Dan jika anda merancang untuk hamil, anda perlu tambah 400pg asid folic sehari.
Selain dari asid folik, EFA juga penting. EFA ialah Asid Lemak Tepu yang membantu meyokong perkembangan bayi dan tumbesarannya. EFA membina blok DHA ( Asid Docosahaxeanoic) yang sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
Antara makanan yang kaya dengan EFa dan folik termasuk sayur sayuran bberdaun hijau, buah buahan, legum dan makan seperti susu dan bijirin. EFA boleh didapati dari minyak sayur seperti canola, kacang soya, bunga matahari dan kekacang.
No comments:
Post a Comment