Followers

nuffnang

Monday, February 4, 2013

Jangan tinggal isteri sebaik saja selepas melahirkan

Selalunya selepas melahirkan anak, semua oarang yang risau dan rasa lega. Alhamdulillah selamat semuanya.

Orang terdekat dengan isteri iaitu suami, mungkin akan meninggalkan bilik bersalin. Terutamanya di hospital swasta. Ibu juga pastinya lega sejurus mendengar tangisan bayi dan si ayah hilang rasa risau memikirkan si isteri yang sakit melahirkan. Pasti suami tersenyum gembira dan mungkin terus meninggalkan bilik bersalin untuk beredar ke tempat lain.

Tahukah anda dua jam selepas melahirkan adalah saat saat genting bagi isteri anda?

TOLONG JANGAN tinggalkan isteri anda kerana semuanya BELUM BENAR BENAR OK, duduklah bersamanya, kerana ada banyak lagi perkara boleh berlaku dan merbahayakan isteri anda mungkin berlaku. Mari kita lihat balik apa perkara penting tersebut yang kita perlu tahu.

Komplikasi yang mungkin berlaku ialah perdarahan mendadak selepas melahirkan. Setelah berlaku kelahiran secara semulajadinya rahim akan mengalami pengecutan rahim. Semasa proses ini, hujung hujung pembuluh yang tercabut dan terbuka semasa kelahiran akan menutup. Proses ini akan mengelakan ibu mengalami pendarahan yang teruk.

Selain daripada itu, proses penyusuan bayi akan menyebabkan rahim kontraksi, yang akan bertindak mengecutkan rahim. Kerana itu menyusukan bayi selepas kelahiran amat digalakkan. Ini semua keadaan normal. Jika ini berlaku.. ucapkanlah  Alhamdulillah.

 Tapi jika sebaliknya berlaku, bermakna pengecutan rahim selepas melahirkan tidak berlaku. Akibatnya pembuluh darah yang tercabut masih terbuka dan terjadilah pendarahan.

Antara sebab sebab lain pendarahan berlaku, yang anda perlu ambil tahu ialah:
1. proses kelahiran terlalu lama dan rahim telah lemah untuk kembali mengecut ( kontraksi)
2. Rahim terlalu lama merengang kerana bayi kembar atau saiz bayi yang besar.
3. Kerap melahirkan, terutama jika jarak kelahiran rapat dan rahim kurang lentur
4. Pernah berlaku pendarahan pada kelahiran sebelumnya
5. Ada sisa plasenta(uri) tertinggal dalam rahim.( tidak keluar sepenuhnya)

Harap para suami ambil perhatian. Isteri juga sila pesan pada suami anda perkara ini. Sekiranya isteri anda menghadapi 5 situasi diatas, risiko pendarahan mungkin berlaku adalah tinggi.

Sekiranya anda melihat tanda tanda ini pada isteri anda selepas bersalin:

1. kain alas ibu bergenang dengan darah
2. Kaki terasa sejuk
3. wajah pucat
4. pengsan akibat perdarah
sila beritahu jururawat dan doktor untuk rawatan secepat mungkin.

Selalunya jururawat akan memeriksa ibu 15 minit sekali. sekiranya pendarahan berlaku mereka akan memberi suntikan untuk merangsang kontraksi rahim. Pemindahan darah akan dilakukan jika perlu.
Jika pendarahan serius, mungkin pembedahan perlu di lakukan. Waktu ini kehadiran suami amat perlu untuk mendapatkan persetujuan bagi melakukan pembedahan.

Sebab itu suami amat perlu ketika ini, sekurang kurangnya dua jam selepas kelahiran bagi memastikan semuanya benar benar dalam keadaan normal.

INGAT pesan ni.. tak kiralah anak ke berapa bakal anda lahirkan. Kerana setiap bayi lain ceritanya, lain pengalamannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat