Followers

nuffnang

Saturday, February 2, 2013

gatal bahagian sulit ketika hamil

Syitttt....
Malu nak tanya.. tapi kena tanya doktor anda. Bahaya ke tak?
Ada di kalanglan ibu hamil mengalami masalah gatal bahagaian sulit ketika hamil. Mungkin sekali , dua kali atau lebih.

Sebenarnya jangkitan faraj boleh berlaku semasa hamil ataupun tidak hamil. Selalunya disebabkan oleh fungus(kulat) bakteria atau virus. Gejalanya adalah lendiran faraj yang gatal dan banyak.

Walaupun boleh dirawat waktu hamil, namun kegatalan boleh berulang (recur) dan perlukan rawatan yang sama jika berulang. Jika anda telah berjumpa doktor, sekiranya berlaku lagi, jumpalah doktor yang sama atau maklumkan kepada doktor (jika doktor lain) mengenai anda telah mengalami sakit yang sama dan diberi rawatan sebelum itu. Jika perlu bawa ubat yang anda gunakan sebelum itu.

Gejala yang berlarutan perlu melalui pemeriksaan faraj termasuk mengambil swab untuk dihantar ke makmal dan mengesahkan jangkitan kulat atau bakteria. Mungkin perlu pemeriksaan darah untukmegesan samaada pesakit mengalami kencing manis. Kerana pesakit kencing manis cenderung mendapat jangkitan kulat di badan.

Jangan risau kerana selalunya doktor menyatakan bahawa jangkitan ini tidak akan menjejaskan bayi namun rawatan perlu dibuat kerana bayi aka melalui faraj yang dijangkiti. Jika boleh buatlah pap smear selepas kelahiran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat