Followers

nuffnang

Monday, September 9, 2013

Siapa patut jaga bayi anda?

Salam...
Hari ni terasa nak berbicara tentang anak.. Siapa patut jaga anak.? Mungkin ada ibu yang bakal melahirkan dan ada plan nak letak anak di bawah jagaan sesiapa. Apapun mungkin coretan ini boleh memberi anda sedikit gambaran apa kesan yang akan kita terima berpunca daripada tindakan kita hari ini.
Sebelum saya menulis lanjut suka saya ingatkan bahawa ini pendapat peribadi yang berdasarkan pengalaman orang orang sekeliling saya.
Cerita pertama seorang ibu baru melahirkan anak. Alhamdulillah..selamat melahirkan bayi yang sihat... Anak pertama..  sangat teruja dapat cucu. Abang kakak dan adik adiknya juga. begitu dapat anak sedara pertama..semua orang sayang pada baby ini, perhatian kasih sayang yang mencurah. Tamat tempoh bercuti usia si kecil baru 60 hari..ibu mesti kembali berkerja kekota. Mulalah hatinya berasa bimbang. Di akhbar dan majalah selalu memaparkan penderaan bayi, mati tersedak susu, mati di buaian, penjagaan kurang memuaskan di nursery.. dan macam macam berita menakutkan. Mulalah si ibu risau, juga begitu..daripada memberi penjagaan pada tempat yg begitu biarlah orang yang betul betul sesuai patut menjaganya.
Waktu kerja ibu tak menentu, dan balik lewat setiap hari . Begitu juga ayahnya..sibuk sangat ..Demi keselamatan anak. Ibu dalam terpaksa memebuat keputusan dia rela tinggalkan anaknya di bersama kakaknya yang bekerja sebagai suri rumah sahaja.


Kali pertama berjauhan memang sedih setiap hari jumaat di tunggu sebab ibu akan ambil anak kesayangannya untuk tempoh 2 hari dengan sikecil selebihnya anak akan tinggal dgn ibu suadaranya. Siibu dan bapa tidak lupa tangungjawab..duit bulanan dan keperluan si bayi sentiasa di jaga. Begitulah tiap hari hari yang berlalu.


 Alhamdulillah.. si kecil membesar dengan sempurna tinggal dengan ibu saudaranya.. mungkin bila cukup besar ibu bernekad akan  bawa anak untuk tinggal bersama.
Hari demi hari berlalu, usia sikecil hampir berusia setahun. Ibu membuat keputusan untuk bawa sikecil bersama.. Hari pertama tinggal bersama begitu perit... sikecil menangis.. dan tak selesa. Ibu bekerja terpaksa anak dihantar ke rumah pengasuh. Anak terusan menangis.. seminggu berlalu si kecil tak berubah... keadaan  memaksa siibu menghantar nya ke rumah ibu saudaranya semula.


 Lebih teruk lagi.. keadaan tidak mengizinkan kerana ibu mabuk mabuk dan ibu mengandung lagi.. kerana keadaan mabuk ibu mengambil keputusan untuk membiarkan sikecil bersama ibu saudaranya.
Anak kedua selamat di lahirkan dan perkara yang sama berulang lagi...


 Kini usia kedua dua anak itu hamper 4 tahun. Mereka enggan tinggal bersama ibu dan bapa. Setaip kali di ambil mereka akan demam, memberontak dan menagis.Pernah ibu ambil adik..abang akan marah marah kerana ibu pisahkan adik darinya.
Ibu sungguh sedih.. dia bekerja dan mangadu pada rakan kerja.. kali ini terasa benar dia tidak di perlukan oleh anak anaknya.  Kerana tidak biasa menerima keaadan itu.Si ibu mencuba telah banyak kali membawa anaknya bersama... namun berakhir dengan kegagalan.


Hari ini usia anak ibu dah hampir 5 tahun dan adik berusia 4 tahun..siibu lupa satu perkara yang penting.


Kasih sayang anak anaknya.. anak akan SAYANG pada oarang yang menjaga nya dari kecil... anak tak minta duit, tak tahu pun pampers lampin atau makanan ....malah mereka tak tahu nilai duit.  Malah mereka tidak akan faham apa itu kerja penat dan lelah..


Yang mereka tahu siapa yg bersama mereka ketika membesar. Siapa yang memandikan mereka, bercakap dan menjaga mereka tika sakit demam,  Siapa yang pujuk mereka.. siapa yang beri perhatian dan jagaan. Siapa yang peluk dengan kasih sayang ketika mereka sedih dan sakit? Gembira dan duka..? Siapa yang mereka panggil setiap kali mereka perlukan makanan? Sedangkan kit ayang dewasa punya perasaan ..inikan pula anak kecil.. mereka tahu dan selesa dengan siapa mereka membesar.


Abang dan adik tidak mahu tinggal bersama ibu. mereka mahu terus bersama ibu saudaranya..
Siibu amat sedih.... Adakah belum terlambat? si kecil dipaksa tingal dengan ibu setelah sekian lama..? Mereka cuma mahu saudara sepupunya ibu saudaranya.


Cerita sekadar renungan buat semua.. siapa kah patut menjaga anak kita...? ini cerit abenar rakan sekerja ku.. Dan ada jua yang di tinggalkan dengan ibu.. .sehingga 2 orang anak... dan anak terus besar dan duduk dengan nenek sehingga dewasa.. masa krisis melanda ibu patut tidak sedih bila anak lebihkan orang yg menjaganya dari kecil.. bukan ibu..


Sebenarnya penat lelah bangun malam tika anak menangis lampinnya basah... menyusukannya.. memujuk dan memeluknya tika demam. Itu adalah tanggungjawab ibu bapa.. bukan orang lain. Masa ibu memeluk anak akan rasa selesa di sayangi.. Bukan pengasuh yang di bayar..
Jangan salahkan anak jika perkara ini terjadi dalam hidup anda. Memang kerja menjaga bayi dan anak ini sukar... tapi sebab itulah anda di pilih untuk jadi ibu bapa , ini amanah.. Jangan lari dari tangungjawab kalau anda tidak mahu anak anda lari dari menyayangi anda. Jangan lebihkan mencari rezeki hingga lupa tanggungjawab pada sikecil anda..
Dan sekiranya si kecil berjauhan dari anda..adakah anda fikir mereka akan hidup untuk anda..? akan menjadi anak yang anda idamkan. Akan dapat anda didik dengan cara yang anda mahu? Sudah pasti jawapannya TIDAK!
fikirkanlah..

7 comments:

Deanna Jaafar said...

salam berkunjung :)
Tanda-tanda Usus Tidak Bersih & Kesannya

Unknown said...

Memang dilema jadi ibu bekerja kan. Setakat ni saya cari pengasuh anak2. Insya Allah akan berhenti kerja makan gaji dan bisnes sepenuh masa di rumah. Harap dapat masa berkualiti lebih banyak dengan anak2.. amin Ua Rabbak A'alamin

suri solehah said...

insya allah..susah senang..tetap pilih untuk jaga sendiri ank2

serihati said...

yee.. itulah ibu sejati...

fazsrieza said...

inilah cabaran yang terpaksa dilalui oleh seseorg yang bergelar ibu bapa yang bekerjaya. bagi saya tak salah kita hantar anak-anak ke taska atau pengasuh asalkan kita memeriksa latar belakang pengasuh atau taska yang hendak dipilih dan adalah lebih baik jika taska atau pengasuh itu disarankan oleh mereka yang rapat dengan kita terutama mereka yang pernah menghantar anak-anak ke taska atau pengasuh berkenaan.Harga dan kebersihan juga patut dititik beratkan. tak salah jika kita memilih taska atau pengasuh yang menawarkan harga mahal asalkan khidmat jagaan mereka ada pada tahap yang sangat berkualiti.

khalisah hazrina said...

Yup sgt sokong

Unknown said...

blognya bagus ;)

numpang prmosi desain kartu undangan anak
https://projects.co.id/public/browse_products/view/661711/desain-kartu-undangan-ulang-tahun-anak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat