Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus
Apa itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.
Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.
Perkataaan “Rota” yang bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa elektron mikroskop. Dalam kebanyakan kes,kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun yang mendapat penyakit ini selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Malangnya jangkitan Rotavirus pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun boleh menyebabkan keadaan yang agak serius malahan boleh membawa maut.
Walaubagaimanapun, jangkitan Rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan selalunya tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada susu ibu. Kebanyakan kanak-kanak boleh dijangkiti Rotavirus sebelum berumur 5 tahun. Dengan jangkitan yang berulang, seorang individu akan meningkatkan tahap immunitinya terhadap jangkitan virus ini.
Punca jangkitan Rotavirus
Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai Gastroenteritis Akut.
Gastroenteritis biasanya dikaitkan dengan masalah radang perut dan usus. Pakar kanak kanak dtg tak lama lepas kami di tempatkan di wad 62 Colombia Hospital Puchong.
. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes ianya dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.
Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.
Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.
Apakah simptom jangkitan Rotavirus?
Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.
Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.
Rawatan
Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.
Kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan (sudu, garpu, cawan dan pinggan mangkuk), alatan permainan, lantai serta tahap kebersihan makan yang disediakan perlulah sentiasa berkeadaan bersih. Semua langkah tersebut mampu mengelakkan jangkitan Rotavirus tersebar terutamanya kepada bayi anda.
Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan. Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.
Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.
Langkah berjaga-jaga yang umum
Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.
Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus yang boleh diberikan kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda.
DISEDIAKAN OLEH :
Dr. Varughese Koshy
Pakar Pediatrik
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam.
3 comments:
tq... memang banyak berguna sangat sangat info kat blog youu. sbb saya sendiri tertanya tanya dr mana virus tu dtg???
good info.. i baca ni sebab anak i kena cirit birit jugak..
sesama Ayu.
Cirit banyak sebab , doktor pesan satu yang penting dijaga ialah kebersihan. Baby memang sensetif.
Post a Comment