Followers

nuffnang

Sunday, October 3, 2010

Seni bertungku

Kalau cakap bertungku.. ramai akan fikirkan tungku hanya untuk kegunaan wanita lepas bersalin. Dan bertungku salah satu amalan dalam pantang wanita melayu. Anda salah… tahukah anda bahawa bertungku terlalu luas bidangnya. Memang major reason.. pengunaannya bermula masa dalam pantang ..tapi pengggunaannya jauh lebih luas. Bertungku bukan sahaja utk wanit adalam pantang ttapi ketika kaki kebas.. sakit sakit badan, sakit ketika datang bulan dan boleh menjadi media menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecergasan diri. Banyak bukan?

Kawan saya punyai anak 5, dan dia juga mempunyai susuk badan menarik dgn perut yg kempis macam tak pernah beranak.. bestnyee!
Saya mula bertanya, bila ditanya dia meyatakan fakta bahawa dia melahirkan anaknya secara pembedahan.. dan dlm pantang dia tak boleh berbarut dan bertungku.. tetapi selepas parut pembedahan hilang dia kembali bertungku dan berbekung!.. bak kata orang bayar balik waktu yg tak pakai tungku dan bekung tu... tungku sampai perut yang buncit dan keras tu menjadi lembut dandi bengkung… wahh lawa balik.. masa dlm pantang letak tungku di kaki pun memadai.. melalui tapak kaki haba akan membantu ibi ibu rasa segar. Tambahan pula tungku tradisional akan dibalut dgn pelbagai daun kayu untuk menambah aroma dan menyegarkan badan…
Penggunaan tungku ketika dtg bulan mendatangkan keselesaan terutama bagi mereka yg mengalami senggugut yg teruk. Cuma panaskan dan letak pada kawasan atas ari ari. Dan akan mendatang kan keselesaan.
Tapi untuk tips kali ini saya suka menceritakan tentang seni bertungku. Ramai yang bertungku .. tapi sekadar meletak haba di atas badan yang habanya mampu menyegarkan. Tetapi bagi wanita yg lepas bersalin… lain caranya.
Bermula dari memilih batu tungku… kaum ibu dahulu akan memilih tungku berbentuk lanjong atau lebih kurung bulat bujur atau dekat sama seperti segitiga. Cuba lihat gambar yang saya lakarkan moga ia boleh membantu anda.
Pastikan no satu dan dua dlm rajah sbb saya akan gunakan nombor ini untuk membantu ibu ibu cara terbaik menggunakan tungku.
Batu sungai begini di panaskan atas api dapur kayu. Di balut dengan daun dan digunakan sebagai tungku ibu lepas bersalin. Pada masa sekarang man anak cari dapur kayu . tetapi cara memanaskan batu ada seninya. Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan panaskan batu . ingat jangan gunakan api yg besar sbb batu akan rekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat sejuk juga. Tapi dgn api yg kecil panas akan meresap dlm batu , panas akan tahan lama dan batu sukar retak. Biar lebih kurang 15-20 minit, jangan terlalu lama kalau tak kain pun boleh terbakar. Nak lebih baik boleh la dapatkan daun sirih sebagai alas atas kain sebelum meletakkan batu tungku.
Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim keatas dan mengecilkannya. Letak bahagian bucu batu yang besar di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil keatas. Buatlah berulang kali disetiap sudut bawah ari ari anda . Dengan menolak batu dari bawah keatas. Moga gambar rajah yg saya lukis ni boleh membantu anda.







Inilah seninya bertungku. Bahagian batu bahagian yg besar itu akan memanaskan rahim dan mengecutkannya. bahagian kecil pula akan membantu menolak rahim dengan lembut. sebab itu ada batu tungku di olak seperti bentok botol.. Itu kepercayaan org melayu. Dan sekiranya bercanggah dgn anda itu hak individu.
Tetapi kalau salah bertungku. Rahim akan mengambil masa utk ketempat asal dan ada kalanya bertungku menyebabkan anda lebih sakit!. AWAS bagi ibu yang baru melahirkan dan ingin bertungku, jangan letak tungku di tengah perut. Berhati hati cara tradisi juga ada seni yg kadangkala tersembunyi.. semoga ramai kangkawan kita yg masih suka cara lama.. tungku juga membantu kita mengurangkan lemak bahagian perut. Kalau sapu pati halia juga lebih selesa. Tapi pastikan dulu kulit anda tidak sensetif pada panas minyak minyak tertentu..

Tips: selalunya kain batik di gunakan untuk membalut tungku. Masa tungku masih panas lapik perut anda dengan baju agar anda yakin dengan suhu yg selesa dan tidak mencederakan kulit anda. Bila rasa ok, baru selak baju dan tungku terus ke kulit perut. Bila tungku makin sejuk kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat guna dlm masa yg lama. Lepas tungku boleh letak di bawah pinggang, bahagaian belakang pinggang, pungung dan kaki.
Tetapi untuk tujuan lain.. bertungku dgn rasa panas telah memadai. Letak dibahagian badan yg sakit dan selesa bagi anda
Pastikan tungku yang telah digunakan diletak di tempat yg selamat. Elakkan dr mencederakan anak dan org lain. Kak Ima suka letak tungku yg dah guna dgn kain batiknya sekali dalam drawer tepi katil. Walaupun suhu tungku masih Suam. Lepas je bertungku, terus letak.. mudah jee suami pun tak tersepak kalau nak kena anak jauh sekali… tersusun dan selamat. Tapi pastikan masih berbalut dgn kain batiknya.. takut nanti lain lak yg terbakar…
Semoga tulisan kali ini memberi manfaat. berdasarkan pengalaman peribadi sendiri. Selamat mencuba.

9 comments:

Unknown said...

Info yg Sgt berguna :-)

serihati said...

sesama.. moga bermanfaat untuk di kongsi

nurul said...

Tq kak for d info

serihati said...

sesama... untuk kongsi.. ajaran dr mak saya juga. moga mak pun dapat pahalanya..

mei lee said...

halo i baru terjumpa blog ni...nak tanya saya dah bersalin 3 anak yg latest tahun lepas.. so kalao i skarang baru mula bertungku dan berbekung sempat lagi tak untuk melangsingkan badan? terima kasih... :D

serihati said...

YUp...
saya tak pasti, tapi mungkin masih belum terlambat. Ada rakan saya bertungku after masa pantang sebab dia ceaser. Dan amazing dia lansing dan perut dia tak besar mcm org lain yg ceaser.
But saya takde pengalaman tu... Apapun harap semua tahu bahawa bertungku bukan untuk ibu lepas bersalin saja..semua orang boleh bertungku walaupun bukan lepas bersalin. Tungku juga digunakan jika Lebam,sakit sendi dan ada yg guna nak kempiskan perut..

Farha IbuCergas said...

mmg sgt membantu bertungku ni. darah pon cepat kering, perut cepat kempis. mmg jangan sampai miss amalan bertungku selepas bersalin

serihati said...

betul... bertungku warisan kita.. jangan tinggalkan.. ia sebenarnya sesuai dgn kita.

Anonymous said...

Saya suka bertungku...tq berkongsi info..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat