Followers

nuffnang

Friday, February 26, 2016

Marah dan pukul anak sebab apa?


hari ni rasa nak berkongsi catatan tentang memarahi anak.. yang selalu kita lakukan...
Seringkali kita tinggikan suara dan kadangkal kita mengunakan rotan dengan alas an untuk mendidik anak..
Tetapi hari ni nak sembang sejujur manakah kita menggunakan cara itu.
Bijakkah kita mendidik anak. Adakah kita marah sebab emosi kita yang bergolak marahkan tindakan anak atau kita memang bertujuan mendidiknya?
contohnya dalam keadaan kita yang penat tetiba anak kita menumpahkan air.. padahal kita baru je mop lantai.. lalu kita marah padanya. dengan melepaskan kemarahan tahap maksima. wALAUPUN KITA TAK MENGGUNKAN ROTAN..tetapi ayat dan nada suara kita cukup melukakan hatinya. Dalam keadaan ini mungkin kita marah bukan bertujuan mendidik tapi melepaskan rasa marah kita sebab kita penat dan mesti bersihkan air yang tumpah itu. Kalau atas sofa fabric lagi double kerja kena buat. Tika ini marah kita sebab kita nak marah bukan lagi tujuan mendidik..
Tanya diri kita... kita marah sebab apa yang anak buat menimbulkan kemarahan kita. Tetapi kita tidak pasti adakah kemarahan kita itu akan memdidiknya?

Tegas dengan memarahi itu berbeza. Bertegaslah dengan anak untuk mendidik. Tegas pukul berapa dia perlu solat dan belaja. Tegas tak semestinya memarahi. Mungkin merotan itu jika pertama kali kita mengajar displin. Dan pastikan bukan kerana kita berada dalam mood marah.
Mungkin kita ingat sahabat Rasulullah yang ingin membunuh musuh dalam perang .. tetiba musuh itumeludahnya dan beliau tidak jadi membunuh. Kerana beliau cukup hebat membezakan antara marah dan kerana Allah. Kerana niatnya ingin membunuh musuh Allah itu bertukar daripada sebab untuk Allah kepada kerana mengikut kemarahannya.
Saya kira begitulah juga kita yang banyak terlajak memarahi mendidik anak sebab nya telah lari. Tindakan yg di dorong oleh kemarahan itu akan menghancurkan niat kita . Daripada mendidik kepada melapaskan kemarahan yang akhirnya anak anak makin membenci kita.

Lagi satu displinkan diri sendiri...
Saya membuat jadual kerana saya merasakan anak saya perlu mengikut jadual ketika di rumah. Pukul berapa di aperlu belajar ..pukul berapa bermain dan pukul berapa tidur. Pukul berapa bangun.
Saya pastikan dia mengikut jadual. Saya pastikan dia tahu melihat jam...
Tetapi kalau ada jadual tidak di ikut maka sia sialah usaha kita.
Dalam isu ini saya mula bertanya diri.. pernah kita dengar .. seperti ketam mengajar anak berjalan betull
Maka begitu jugalah saya.. kalau anak ada jadual dan perlu di ikut..maka saya juga perlu jadual yg perlu diikut. Jangan tika anak patut belaja jangan pula kita sibuk buat benda lain.
pastikan kita berdisplin apa yang kita perlu buat untuk pastikan anak ikut jadual dan kita pantau.
Contohnya kita perlu cek beg sekolah apa kerja sekolahnya apa yg dia belaja bagaimana peperiksaan nya. Dan kalau ajar sendiri kita kena tahu dan ambil tahu sedikit tentang apa yg berlaku.
Jangan masa anak buat sekolah kita sibuk dengan gajet gajet kita.. tolong hentikan.
Sekiranya ini kita belum mampu buat jangan salahkan anak jika dia tak ikut jadualnya
Dan janagan skip.. atau beri dia alasan untuk tidak ikut jadual..
Contohnya masa untuk tido benarkan dia menonton tv atau lainnya. Jika sudah biasa tak ikut aturan..lambat laun semua tidak diikut.
 Kecuali di tukar dengan reward dengan pencapaian yg dia perolehi. maksudnya jika dia pandai mengira atau membaca kerja yg di beri dia boleh menonton tv awal atau sebaginya

Sekian catatan untuk hari ini dikongsi. Catatan ini adalah catatan peribadi... jika anda tidak suka atau tak boleh terima .. itu tidak penting. Yang penting saya berkongsi...



2 comments:

Tengku Sofia said...

Betul. Kita mesti tegas dengan anak, bukan memarahinya.

istanabatu said...

masalahnya bila pasanagn yg marah anak semua kita rasa tak kena.. sebdiri tak ingta pulak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

berapa usiamu sayanggg...

Lilypie Second Birthday tickers

solat